Pemandu lori tong cat maut & tujuh anggota polis cedera nahas empat kenderaan

Seorang pemandu lori yang membawa muatan tong cat maut manakala tujuh anggota polis cedera dalam nahas melibatkan empat kenderaan di Kilometer 225, Lebuhraya Utara-Selatan (arah Utara), Rembau, petang tadi.

Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintendan Hazri Mohamad berkata, pemandu lori berusia 47 tahun itu meninggal dunia di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan di bahagian kepala.

Menurut beliau, lori yang membawa muatan tong cat itu turut mengalami kerosakan teruk.

Hazmi memberitahu, siasatan awal mendapati lori tersebut yang dalam perjalanan dari arah Senawang menghala ke Ayer Keroh telah mengubah haluan ke lorong laju.

Advertisement

“Penukaran arah tersebut telah membuatkan lori berkenaan menghimpit dua kereta iaitu Toyota Camry dan Perodua Alza di lorong berkenaan.

“Bagaimanapun, lori tersebut melanggar besi penghadang lebuh raya lalu masuk ke laluan bertentangan sebelum merempuh van pasukan polis Johor Bahru Utara yang menghala ke Senawang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kejadian tersebut turut mengakibatkan pemandu serta penumpang Toyota Camry mengalami kecederaan ringan dan dibawa ke Hospital Rembau.

Pemandu dan penumpang Perodua Alza bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan.

Hazri memberitahu, jenazah pemandu lori tong cat tersebut akan dibedah siasat di Hospital Rembau.

Advertisement

Kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. Utv

Pemandu lori tong cat maut, tujuh anggota polis cedera nahas empat kenderaan.

Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video

Advertisement

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Motosikal Bergesel Dengan Lori, Penunggang Tercampak Atas Penghadang Besi

Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangnya bergesel dengan sebuah lori sebelum tercampak ke atas… Read More

53 mins ago

Pesawat ringan terhempas di Sungkai, dua mangsa selamat

IPOH: Sebuah pesawat ringan bagi tujuan latihan terhempas di kawasan ladang Besaut 2 Tambahan, Sungkai… Read More

24 hours ago

Sadis! Isteri dibunuh dan dikerat-kerat, daging kemudian ditawar kepada jiran

JAKARTA - Seorang lelaki di Indonesia tergamak cuba 'membahagikan' daging tubuh isterinya sendiri selepas membunuh… Read More

1 day ago

Arif ajak Rini untuk bersetubuh sebelum dibunuh & disumbat dalam bagasi

Misteri sebuah bagasi berisi mayat wanita yang ditinggalkan dalam belukar di Jalan Kalimalang di Bekasi,… Read More

2 days ago

Aniaya Bella: Mahkamah Tinggi Kekalkan Sabitan Dan Hukuman Penjara 12 Tahun Siti Bainun

KUALA LUMPUR, 2 Mei (Bernama) -- Mahkamah Tinggi hari ini mengekalkan sabitan dan hukuman penjara… Read More

3 days ago

Ketua Polis Negara sahkan Papagomo ditahan

KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain mengesahkan Wan Muhammad Azri Wan Deris… Read More

5 days ago