Mengaku Sudah Mengandung 16 Kali, Perkongsian Penyanyi ‘Begitu Sulit Lupakan Rehan’ Buat Ramai Jadi Bingung

Pengguna media sosial terutamanya Tik Tok pastinya cukup kenal dengan lagu Begitu Syulit Lupakan Rehan yang dinyanyikan semula oleh seorang wanita di Indonesia ini. Lagu itu bukan sahaja mencipta fenomena di negara seberang malah di Malaysia juga ramai yang mengikuti trend lagu tersebut.

Lagu yang tular dinyanyikan wanita dikenali sebagai Intan itu turut membuatkan ramai tertanya-tanya tentang identiti Rehan yang dimaksudkan wanita itu. Namun rupa-rupanya, ia hanyalah kekasih bayangannya sahaja dan bukanlah seperti yang dijangkakan ramai.

Pendedahan kisah di sebalik lagu tersebut juga menimbulkan banyak tanda tanya mengenai sisi gelap yang diceritakan. Lebih mengejutkan ramai, wanita itu mendakwa dia sudah 16 kali mengandungkan anak Rehan walaupun baru mengenalinya selama kira-kira setahun lebih.

Menurut wanita itu, pertemuan kali pertama mereka adalah semasa dia bermimpi di hutan yang dipenuhi dengan ladang jagung. Dia turut mengesahkan jagung yang berada di hutan menjadi saksi kepada pertemuan dia dan Rehan pada ketika itu.

Advertisement

Lebih membingungkan apabila Intan mendakwa dia sudah 16 kali mengandungkan anak Rehan. Ini sekaligus menimbulkan tanda tanya orang ramai bagaimana pertemuan yang baru berlangsung selama satu tahun lebih itu mampu membuatkan wanita ini mengandung sehingga 16 kali.

Dia bagaimanapun menjelaskan apa yang berlaku itu hanyalah di alam halusinasi dan bukan di dunia nyata.Pendedahan di sebalik lagu itu juga turut membuatkan Angga Candra yang menemu bual wanita itu kelihatan hairan mendengarnya.

Perkongsian kisah di sebalik lagu yang dinyanyikan ini juga turut menerima pelbagai reaksi dari netizen. Malah kebanyakan netizen turut berasa bingung dan pelik memikirkan identiti sebenar Rehan yang dimaksudkan oleh wanita itu sama ada ianya betul wujud atau hanyalah khayalan semata-mata.

Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI

Advertisement

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Arif ajak Rini untuk bersetubuh sebelum dibunuh & disumbat dalam bagasi

Misteri sebuah bagasi berisi mayat wanita yang ditinggalkan dalam belukar di Jalan Kalimalang di Bekasi,… Read More

18 hours ago

Aniaya Bella: Mahkamah Tinggi Kekalkan Sabitan Dan Hukuman Penjara 12 Tahun Siti Bainun

KUALA LUMPUR, 2 Mei (Bernama) -- Mahkamah Tinggi hari ini mengekalkan sabitan dan hukuman penjara… Read More

2 days ago

Ketua Polis Negara sahkan Papagomo ditahan

KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain mengesahkan Wan Muhammad Azri Wan Deris… Read More

4 days ago

QSR Brands Tutup Sementara Lebih 100 Cawangan KFC

KUALA LUMPUR (Bernama) -- QSR Brands (M) Holdings Bhd, pemegang francais restoran KFC di Malaysia,… Read More

4 days ago

Bintang TikTok terkenal Iraq, Umm Fahad mati ditembak depan rumah

BAGHDAD - Pihak berkuasa Iraq sedang menyiasat pembunuhan seorang bintang TikTok ternama negara itu yang… Read More

6 days ago

Ditutup sementara, KFC dibuka semula tanpa logo Kolonel Sanders

ALGIERS – Restoran Kentucky Fried Chicken (KFC) yang pertama di Algeria beroperasi semula selepas ditutup… Read More

7 days ago