Kerjasama PH & GTA Tidak Berlaku

GEORGE TOWN, 23 Okt (Bernama) — Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Datuk Seri Anwar Ibrahim membayangkan kerjasama PH dan Gerakan Tanah Air (GTA), pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) tidak akan berlaku.

“Kerjasama apa? Bila saya kata (terbuka untuk bekerjasama dengan GTA)? Saya kata untuk berbincang dengan sesiapa pun boleh ‘bincang’. Kalau diperlukan (berbincang) hari ini saya ada di Pulau Pinang, lusa di Sarawak.

“Bagi saya lebih baik menemui rakyat dalam keadaan sekarang ini. Usul adakan pertemuan itu, seolah-olah belum ada pertemuan, (sedangkan) berpuluh kali sudah ada pertemuan sebelum ini,” katanya kepada pemberita malam tadi.

Beliau ditemui selepas menghadiri program makan malam Majlis Pimpinan Negeri PKR di Spice Arena, yang turut dihadiri Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar dan Pengerusi DAP Pulau Pinang yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow.

Advertisement

Media sebelum ini melaporkan Pengerusi Penaja GTA Tun Dr Mahathir Mohamad bersedia bertemu Anwar, bagi mengadakan rundingan untuk kerjasama menghadapi PRU15.

Ketika ditanya sama ada beliau menerima permohonan untuk berjumpa daripada pihak Dr Mahathir, Anwar enggan mengulas lanjut.

Sebelum ini, Anwar dilaporkan berkata beliau tiada masalah bertemu dan berbincang dengan Dr Mahathir, namun menegaskan perkara yang ditekankan PH ialah berkenaan kepentingan untuk melawan Perikatan Nasional (PN) dan Barisan Nasional (BN).

Sementara itu, Anwar berkata kemungkinan besar penyandang Parlimen Permatang Pauh Nurul Izzah Anwar, akan mempertahankan kerusi itu pada PRU15 nanti.

“…kemungkinan menuju arah itu (Nurul Izzah pertahankan kerusi Parlimen Permatang Pauh). Kemungkinan besar…kemungkinan yang amat besar,” katanya.

Advertisement

Anwar berkata demikian ketika ditanya sama ada Nurul Izzah akan mempertahankan kerusi Parlimen Permatang Pauh atau dihantar ke Parlimen Ampang, bagi menentang Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Zuraida Kamaruddin yang juga penyandang di situ.

Kerusi Parlimen Permatang Pauh menjadi kubu kuat Anwar dan keluarganya, yang memegang kerusi itu sejak 1982. Nurul Izzah yang juga Naib Presiden PKR memenangi kerusi itu pada PRU14 dengan majoriti lebih 15,000 undi.

Sumber: BERNAMA

Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI

Advertisement

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Ditutup sementara, KFC dibuka semula tanpa logo Kolonel Sanders

ALGIERS – Restoran Kentucky Fried Chicken (KFC) yang pertama di Algeria beroperasi semula selepas ditutup… Read More

1 day ago

Wanita tiba-tiba ketawa & menjerit, dipercayai dirasuk ketika majlis perkahwinannya

JAKARTA – Seorang pengantin perempuan berkelakuan aneh secara tiba-tiba dengan menjerit sambil ketawa pada majlis… Read More

2 days ago

Pemilik kereta tertekan hon kerana panik – polis

GEORGE TOWN: Polis mengesahkan menerima laporan daripada seorang pemandu kereta susulan kekecohan ketika upacara pengebumian… Read More

2 days ago

Tragis! Wanita Maut, Terjatuh Ketika Berswafoto Di Gunung Berapi

Gara-gara mahu berswafoto bersama suami di puncak gunung, seorang wanita yang berasal dari China dilaporkan… Read More

3 days ago

Pengurus Syarikat Agensi Pelancongan Didakwa Cuba Bunuh Isteri, Sebabkan Kecederaan Pengawal Peribadi

Lelaki yang melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)… Read More

3 days ago

Walaupun si suami pernah berkahwin 28 kali, isteri tua tetap setia disisi

JAKARTA -Isteri seorang ahli perniagaan di Indonesia membenarkan suaminya berkahwin lain selepas lelaki itu pernah… Read More

3 days ago