Empat Sekeluarga Ditemui Maut Dalam Rumah Akibat Kebuluran

JAKARTA – Empat sekeluarga ditemui meninggal dunia di dalam sebuah rumah di Kalideres, Jakarta Barat pada Khamis lalu.

Memetik laporan CNN Indonesia, mayat yang ditemui merupakan mayat seorang bapa, ibu, anak serta bapa saudara. Masing-masing berumur dalam lingkungan 42 hingga 71 tahun.

Siasatan mendapati bahawa keempat-empat mangsa dipercayai meninggal dunia pada masa yang berlainan sejak 3 minggu yang lalu.

Menurut pihak polis, kematian itu disyaki berpunca akibat ketiadaan makanan dan kelaparan yang ditanggung oleh keluarga itu.

Advertisement

“Hasil pemeriksaan yang dijalankan, tiada makanan yang ditemukan dalam perut mereka dan ini menyebabkan tubuh mereka menjadi dehidrasi serta otot mula mengecut,” jelas Ketua Perhubungan Awam Polis Jakarta Barat AKP, Taufik Ikhsan.

Kredit: CNN Indonesia/Muhammad Naufal
Walau bagaimanapun, adik kepada salah seorang mangsa yang terkorban berkata bahawa kematian kakaknya dianggap sebagai tidak masuk akal kerana kewangan kakaknya itu dianggap stabil.

“Saya berasa hairan. Jika kakak lapar atau tidak mempunyai makanan yang cukup, boleh saja dia menghubungi saya,” jelas adik mangsa ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Daerah Kalideres.

Sementara itu, penemuan mayat itu dilakukan selepas salah seorang jiran mangsa menghidu bau busuk daripada rumah tersebut.

Hasil bedah siasat juga menunjukkan bahawa kejadian itu tidak terkait dengan unsur keganasan.

Advertisement

Kesemua mayat terbabit juga ditemui sudah mereput dan dipercayai meninggal dunia lebih seminggu.

Dalam masa yang sama, Datuk Bandar Jakarta Barat, Yani Wahyu Purwoko meminta supaya orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi mengenai punca kematian keluarga itu.

Sumber: CNN Indonesia

Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI

Advertisement

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Ditutup sementara, KFC dibuka semula tanpa logo Kolonel Sanders

ALGIERS – Restoran Kentucky Fried Chicken (KFC) yang pertama di Algeria beroperasi semula selepas ditutup… Read More

20 hours ago

Wanita tiba-tiba ketawa & menjerit, dipercayai dirasuk ketika majlis perkahwinannya

JAKARTA – Seorang pengantin perempuan berkelakuan aneh secara tiba-tiba dengan menjerit sambil ketawa pada majlis… Read More

2 days ago

Pemilik kereta tertekan hon kerana panik – polis

GEORGE TOWN: Polis mengesahkan menerima laporan daripada seorang pemandu kereta susulan kekecohan ketika upacara pengebumian… Read More

2 days ago

Tragis! Wanita Maut, Terjatuh Ketika Berswafoto Di Gunung Berapi

Gara-gara mahu berswafoto bersama suami di puncak gunung, seorang wanita yang berasal dari China dilaporkan… Read More

3 days ago

Pengurus Syarikat Agensi Pelancongan Didakwa Cuba Bunuh Isteri, Sebabkan Kecederaan Pengawal Peribadi

Lelaki yang melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)… Read More

3 days ago

Walaupun si suami pernah berkahwin 28 kali, isteri tua tetap setia disisi

JAKARTA -Isteri seorang ahli perniagaan di Indonesia membenarkan suaminya berkahwin lain selepas lelaki itu pernah… Read More

3 days ago