Lelaki mengaku bersalah atas 32 pertuduhan merogol, melakukan amang seksual & seks menggunakan objek terhadap anak tirinya

Mahkamah Sesyen Ayer Keroh (Melaka) hari ini merekodkan kenyataan seorang pengajar kelas renang yang mengaku bersalah di atas 32 pertuduhan termasuk merogol, melakukan amang seksual dan melakukan seks menggunakan objek terhadap anak tirinya.

Memetik laporan Harian Metro, tertuduh berusia 36 tahun mengaku bersalah selepas dibacakan semua pertuduhan itu di hadapan Hakim Mohd Sabri Ismail dan Hakim Darmafikri Abu Adam di Mahkamah Sesyen berasingan.

Bagaimanapun, hukuman ditangguhkan kepada 15 Mei depan untuk memberi masa kepada pihak pendakwaan melengkapkan fakta kes termasuk mendapatkan keterangan impak mangsa.

Tertuduh tidak dibenarkan ikat jamin kerana kesalahan bagi tujuan melindungi mangsa dan memastikan kehadiran tertuduh yang berdepan hukuman sebatan dan penjara maksimum 830 tahun bagi kesemua pertuduhan.

Advertisement

Mengikut fakta kes, tertuduh didakwa melakukan perbuatan terkutuk itu terhadap mangsa sejak Januari 2020 hingga 14 Mac lalu di kediaman keluarganya di Jasin.

Mangsa mendakwa, suspek masuk ke bilik terus menekup mulutnya sebelum dirogol tanpa kerelaan. Semasa kejadian itu berlaku, ibunya sedang tidur di bilik kelamin.

Mangsa yang tidak tahan menjadi tempat melampias nafsu bapa tirinya itu kemudian mengambil keputusan untuk melarikan diri daripada rumah. ‘Kehilangannya’ itu mengundang pasangan berkenaan membuat hebahan di media sosial bagi membantu mencari mangsa.

“Pulanglah Qistina, daddy tunggu awak balik. Pulang sayang,” kata tertuduh menerusi hantaran di Facebook sebelum perbuatannya terbongkar.

Tertuduh yang bekerja sebagai pengajar kelas renang itu mengaku bersalah atas semua 32 pertuduhan iaitu 12 pertuduhan rogol di bawah Seksyen 376 (2) Kanun Keseksaan (KK) dan Seksyen
376(1) Kanun Keseksaan.

Advertisement

Lelaki berasal dari Sabah itu turut mengaku salah melakukan 12 perbuatan amang seksual mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dan lapan pertuduhan melakukan hubungan seks menggunakan objek di bawah Seksyen 377 CA KK.

Pasangan itu ditahan sejurus tiba dari Sabah di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2.

Isteri tertuduh yang merupakan penjual nasi lemak berusia 40 tahun turut direman untuk menjadi saksi pendakwaan.

Penahanan dibuat selepas mangsa yang sebelum ini dilaporkan hilang di Jasin dan merupakan anak kandung kepada wanita itu membuat laporan menjadi mangsa rogol bapa tirinya itu sejak tiga tahun lalu

Wanita itu yang bekerja sebagai peniaga nasi lemak juga ditahan kerana dipercayai turut mengetahui perbuatan suaminya itu.

Advertisement

Terdahulu, media melaporkan seorang remaja perempuan hilang dari rumahnya di Jasin namun berjaya ditemui semula dalam keadaan selamat Rabu lalu selepas lebih dua minggu dilaporkan hilang.

@malaysianupdatenews Lelaki mengaku bersalah atas 32 pertuduhan merogol, melakukan amang seksual & seks menggunakan objek terhadap anak tirinya. #malaysianupdate #beritaditiktok #newsattiktok #trendingnewsmalaysia #fyp ♬ Instrumen Sedih – Yuda pratama

Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. KLIK SINI.

Advertisement
Nadia

Leave a Comment

Recent Posts

Ditutup sementara, KFC dibuka semula tanpa logo Kolonel Sanders

ALGIERS – Restoran Kentucky Fried Chicken (KFC) yang pertama di Algeria beroperasi semula selepas ditutup… Read More

3 hours ago

Wanita tiba-tiba ketawa & menjerit, dipercayai dirasuk ketika majlis perkahwinannya

JAKARTA – Seorang pengantin perempuan berkelakuan aneh secara tiba-tiba dengan menjerit sambil ketawa pada majlis… Read More

1 day ago

Pemilik kereta tertekan hon kerana panik – polis

GEORGE TOWN: Polis mengesahkan menerima laporan daripada seorang pemandu kereta susulan kekecohan ketika upacara pengebumian… Read More

2 days ago

Tragis! Wanita Maut, Terjatuh Ketika Berswafoto Di Gunung Berapi

Gara-gara mahu berswafoto bersama suami di puncak gunung, seorang wanita yang berasal dari China dilaporkan… Read More

2 days ago

Pengurus Syarikat Agensi Pelancongan Didakwa Cuba Bunuh Isteri, Sebabkan Kecederaan Pengawal Peribadi

Lelaki yang melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)… Read More

2 days ago

Walaupun si suami pernah berkahwin 28 kali, isteri tua tetap setia disisi

JAKARTA -Isteri seorang ahli perniagaan di Indonesia membenarkan suaminya berkahwin lain selepas lelaki itu pernah… Read More

2 days ago