Gara-gara kesilapan doktor, budak lelaki terpaksa membesar sebagai gadis

OTTAWA, Kanada – Seorang budak lelaki terpaksa menjalani pertukaran jantina tanpa persetujuan dan membesar sebagai perempuan selepas doktor secara tidak sengaja merosakkan kemaluannya semasa prosedur berkhatan, lapor portal berita Daily Star semalam.

David Reimer yang dilahirkan sebagai Bruce, dipaksa untuk membesar sebagai seorang gadis oleh ibu bapanya di bawah penyeliaan seorang ahli psikologi .

Pada tahun 1960-an, perkembangan perubatan dalam membentuk semula kemaluan lelaki tidak begitu maju berbanding kemaluan perempuan.

Seorang pakar hubungan seksual, John Money berjaya meyakinkan ibu bapa Reimer bahawa anak mereka akan paling bahagia hidup sebagai wanita dengan alat ‘kelamin’ yang berfungsi tetapi pengkritik-pengkritik berkata, Money tidak beretika kerana menggunakan budak itu sebagai bahan kajian hipotesisnya.

Advertisement

Reimer mempunyai zaman kanak-kanak yang tidak bahagia. Ketika dia berusia 14 tahun, ibu bapanya memberitahunya tentang pertukaran jantina tersebut.

Tidak lama kemudian, dia menjalani pembedahan bagi mengukuhkan lagi jantinanya sebagai wanita dan menjalani kehidupan seperti bekerja di rumah penyembelihan sebelum melakukan beberapa pekerjaan ganjil.

Dia akhirnya berkahwin dengan seorang wanita bernama Jane pada tahun 1990. Dia mengambil tiga anak Jane sebagai anak angkatnya.

Di sebalik percubaan Reimer untuk menjalani kehidupan normal, hubungan yang sukar dengan ibu bapanya kerana keputusan mereka, pengangguran jangka panjang dan kematian saudara kandungnya menjadikan kehidupan Reimer penuh konflik.

Pada pagi 4 Mei 2004, dia memandu ke tempat letak kereta di sebuah kedai runcit di Winnipeg, Kanada, dan secara tragis menembak kepalanya sendiri dengan senapang patah ketika itu berumur 38 tahun. – Agensi

Advertisement

Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. KLIK SINI.

Advertisement
Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Aniaya Bella: Mahkamah Tinggi Kekalkan Sabitan Dan Hukuman Penjara 12 Tahun Siti Bainun

KUALA LUMPUR, 2 Mei (Bernama) -- Mahkamah Tinggi hari ini mengekalkan sabitan dan hukuman penjara… Read More

9 hours ago

Ketua Polis Negara sahkan Papagomo ditahan

KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain mengesahkan Wan Muhammad Azri Wan Deris… Read More

2 days ago

QSR Brands Tutup Sementara Lebih 100 Cawangan KFC

KUALA LUMPUR (Bernama) -- QSR Brands (M) Holdings Bhd, pemegang francais restoran KFC di Malaysia,… Read More

2 days ago

Bintang TikTok terkenal Iraq, Umm Fahad mati ditembak depan rumah

BAGHDAD - Pihak berkuasa Iraq sedang menyiasat pembunuhan seorang bintang TikTok ternama negara itu yang… Read More

4 days ago

Ditutup sementara, KFC dibuka semula tanpa logo Kolonel Sanders

ALGIERS – Restoran Kentucky Fried Chicken (KFC) yang pertama di Algeria beroperasi semula selepas ditutup… Read More

5 days ago

Wanita tiba-tiba ketawa & menjerit, dipercayai dirasuk ketika majlis perkahwinannya

JAKARTA – Seorang pengantin perempuan berkelakuan aneh secara tiba-tiba dengan menjerit sambil ketawa pada majlis… Read More

6 days ago