Elisa Siti Mulyani dibunuh bekas kekasih gara-gara cemburu buta

Seorang wanita yang berasal dari Pandeglang, Banten, Elisa Siti Mulyani, 22, meninggal secara tragis di tangan bekas kekasihnya, Riko Arizka, 21, di Stadium Jalan Badak pada Rabu (8/2/2023). Selain bergelar pelajar Universiti, Elisa juga bekerja di Badan Pusat Statistik (BPS) Kabupaten Pandeglang, Banten, sejak awal tahun 2023.

Hampir setiap hari, Elisa mendapat syif kedua memulakan tugasnya dari sekitar jam 2:00 petang sehingga 10:00 malam. Rakan sekerja Elisa, Medi Humaedi memberitahu sebelum Elisa meninggal dunia, Elisa  sempat berkata kepadanya bahawa dia berasa letih.

“Elisa kata dia penat, tapi tak tahu kenapa penat, sebab dia hanya berkata begitu.

“Elisa juga berkata ‘Elisa tidak akan bekerja lagi esok’. Tetapi memang keesokan harinya mangsa tidak dapat bekerja (kerana telah meninggal dunia),” kata Medi.

Advertisement

Selepas Elisa pulang dari BPS, Medi dan rakan-rakannya yang lain mendapat maklumat bahawa mangsa masih belum tiba di rumahnya. Kemudiannnya, mereka menerima berita bahawa Elisa telah ditemui meninggal dunia di Stadium Badak, Pandeglang, Banten.

“Kami terkejut, tidak sangka Elisa ditemui mati,” ujarnya.

Menurut kronologi pembunuhan yang diulas oleh Ketua Polis Pandeglang, AKP Shilton Silitonga mendedahkan, kejadian bermula ketika Riko, bekas teman lelaki Elisa, hendak pulang selepas memancing di sungai Balapunah.

Dalam perjalanan pulang, Riko ternampak mangsa sedang menunggang motosikal. Sejurus itu, pelaku terus mengejar mangsa dan mengajaknya untuk berbincang di Stadium Badak, Kabupaten Pandeglang.

“Pelaku dan mangsa bertengkar, kemudian pelaku beremosi lalu mencekik mangsa dari belakang,” kata Shilton. Tambahnya, mangsa yang dalam keadaan lemah kemudian diseret pelaku ke dalam semak-semak.

Advertisement

“Pelaku melihat terdapat sebuah mangkuk tandas yang dibuang di situ dan terus menggunakannya untuk memukul mangsa sehingga mati,” sambungnya.

Difahamkan jeritan Elisa sebelum itu telah didengari oleh dua orang saksi. Sejurus mendengar jeritan tersebut, kedua-dua orang saksi berkenaan bergegas ke arah lokasi lalu menemui mayat Elisa yang dalam keadaan berlumuran darah. Pada masa sama, Riko dilihat melarikan diri dari lokasi kejadian dengan menaiki motosikal. Dua orang saksi tersebut kemudian segera ke balai polis untuk melaporkan tentang penemuan mayat Elisa.

Bagaimanapun, sejam kemudian, pelaku itu telah ditahan polis di rumahnya hasil maklumat daripada beberapa orang saksi serta penemuan bahan bukti di lokasi kejadian. Di rumah Riko, pihak polis telah menemui telefon serta komputer riba milik Elisa.

Berdasarkan hasil soal siasat, pelaku melakukan perbuatan keji itu kerana berasa kesal dengan mangsa yang sudah mempunyai kekasih baharu selepas putus cinta dengannya.

Sedikit maklumat mengenai latar belakang Elisa, dia dilahirkan pada tahun 2000 dan merupakan seorang mahasiswi di Universiti Bina Bangsa (UNIBA) Kota Serang. Elisa digambarkan berperwatakan baik, peramah, pandai berdikari dan rajin bersolat.

Dia yang memilik paras rupa cantik kerap menjadi model untuk artis jurusolek. Elisa dan Riko sebelumnya telah menjalinkan hubungan sejak dari lima tahun yang lepas. Pasangan tersebut bagaimanapun berpisah pada baru-baru ini setelah tiada lagi sefahaman antara mereka berdua.

Advertisement

Riko tidak mahu menerima hakikat perpisahan itu dan tetap cuba untuk memikat hati Elisa semula secara berterusan. Malah sehari sebelum kejadian, Riko bukan saja sempat memberikan hadiah kepada Elisa, dia turut pergi berjumpa bapa Elisa dengan harapan supaya Elisa dapat dipujuk. Walau bagaimanapun, bapa Elisa enggan masuk campur kerana dia sendiri tidak tahu punca sebenar Elisa tidak sudi lagi menerima Riko dalam hidupnya.

Sumber: Kompas.com dan Tribun Sumsel

👉 Video kronologi pembunuhan Elisa Siti Mulyani

Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video

Advertisement

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Nur Damia

Leave a Comment

Recent Posts

Bapa Bersama Dua Anak Ditemukan Lemas Di Sungai Balak

Seorang bapa bersama dua anaknya yang masing-masing berumur sembilan dan enam tahun ditemukan lemas di… Read More

36 mins ago

Motosikal Bergesel Dengan Lori, Penunggang Tercampak Atas Penghadang Besi

Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangnya bergesel dengan sebuah lori sebelum tercampak ke atas… Read More

6 hours ago

Pesawat ringan terhempas di Sungkai, dua mangsa selamat

IPOH: Sebuah pesawat ringan bagi tujuan latihan terhempas di kawasan ladang Besaut 2 Tambahan, Sungkai… Read More

1 day ago

Sadis! Isteri dibunuh dan dikerat-kerat, daging kemudian ditawar kepada jiran

JAKARTA - Seorang lelaki di Indonesia tergamak cuba 'membahagikan' daging tubuh isterinya sendiri selepas membunuh… Read More

1 day ago

Arif ajak Rini untuk bersetubuh sebelum dibunuh & disumbat dalam bagasi

Misteri sebuah bagasi berisi mayat wanita yang ditinggalkan dalam belukar di Jalan Kalimalang di Bekasi,… Read More

2 days ago

Aniaya Bella: Mahkamah Tinggi Kekalkan Sabitan Dan Hukuman Penjara 12 Tahun Siti Bainun

KUALA LUMPUR, 2 Mei (Bernama) -- Mahkamah Tinggi hari ini mengekalkan sabitan dan hukuman penjara… Read More

3 days ago