Merayu mahu berjumpa anak yang sudah 14 tahun terpisah, masih simpan kuku anak untuk mengubat rindu

Kasih ibu kepada anak-anak berpanjangan sepanjang hayat. Tidak hilang dihati seorang ibu perasaan rindu terhadap anak-anaknya walaupun sesaat, kadang-kala ibu tidak dapat menyuap makanan ke mulutnya dan melelapkan matanya kerana teringatkan anak-anaknya ini dan ada ketikanya air mata berlinangan mengalir membasahi dipipinya kerana mengenang dan merindui akan anak-anak.

Begitulah perasaan seorang ibu yang bernama Asrul Hidayu. Walaupun hanya sempat menjaga anaknya, Muhammad Danial Hazmi sekejap sahaja sebelum diserahkan kepada keluarga angkat, rindu seorang ibu itu masih kuat teringatkan si anak yang mana sampai sekarang tidak tahu kemana perginya setelah terpisah selama 14 tahun.

Hidayu berkongsi perkara tersebut di dalam Facebook miliknya. Perkongsian dibuat kerana dia merayu kepada keluarga angkat yang mengambil anaknya ketika masih bayi untuk bertemu sebentar dengan anaknya dan dia tidak mengharapkan apa-apa seperti mengambil semula anaknya itu. Dia akui kesal kerana tidak dapat melihat anaknya membesar sehingga terlepas setiap perkembangan anaknya itu.

Hidayu juga mahu anaknya itu mengenali siapa ibu yang melahirkannya dan tahu bahawa dia mempunyai adik-adik kandung supaya saling mengenali. Kata Hidayu lagi, dahulu dia tidak rela langsung beri anak yang sekian lama terpisah itu kepada orang lain. Tetapi puncanya ketika itu, ada orang yang sentiasa cuba menghasut Hidayu sejak dia masih mengandung lagi, supaya beri anak itu kepada orang lain kerana tidak mahu anak itu hidup susah.

Menurut Hidayu, kejadian berpunca daripada orang ketiga yang digelar sebagai Puan Hajah dan beberapa orang yang terlibat sehingga tidak beri Hidayu berkomunikasi dengan keluarga angkat anaknya. Surat beranak anaknya juga mereka tidak bagi Hidayu lihat kecuali yang tertera nama Hidayu, nombor kad pengenalan Hidayu dan nama anak sahaja.

Berasa sangat kesal dengan apa yang telah terjadi, Hidayu akui ketika itu dia masih muda dan mentah. Dia juga berasa tidak puas hati dengan orang-orang yang mengambil kesempatan sehingga bertahun-tahun tidak dapat berjumpa dengan anaknya.

Akibat rindu yang melampau, Hidayu masih simpan rapi kuku anaknya yang dipotong ketika masih bayi. Harapan Hidayu hanyalah satu iaitu mahu berjumpa dengan anaknya dan berharap perkongsiannya itu dapat sampai ke penglihatan keluarga angkat anaknya dengan harapan mereka dapat berlembut hati. Katanya lagi, sehingga kini dia tidak pernah tukar nombor telefon supaya keluarga angkat anaknya itu dapat menghubunginya.

Sumber: Asrul Hidayu

Advertisement

Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Advertisement
Nur Damia

Leave a Comment

Recent Posts

Motosikal Bergesel Dengan Lori, Penunggang Tercampak Atas Penghadang Besi

Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangnya bergesel dengan sebuah lori sebelum tercampak ke atas… Read More

3 hours ago

Pesawat ringan terhempas di Sungkai, dua mangsa selamat

IPOH: Sebuah pesawat ringan bagi tujuan latihan terhempas di kawasan ladang Besaut 2 Tambahan, Sungkai… Read More

1 day ago

Sadis! Isteri dibunuh dan dikerat-kerat, daging kemudian ditawar kepada jiran

JAKARTA - Seorang lelaki di Indonesia tergamak cuba 'membahagikan' daging tubuh isterinya sendiri selepas membunuh… Read More

1 day ago

Arif ajak Rini untuk bersetubuh sebelum dibunuh & disumbat dalam bagasi

Misteri sebuah bagasi berisi mayat wanita yang ditinggalkan dalam belukar di Jalan Kalimalang di Bekasi,… Read More

2 days ago

Aniaya Bella: Mahkamah Tinggi Kekalkan Sabitan Dan Hukuman Penjara 12 Tahun Siti Bainun

KUALA LUMPUR, 2 Mei (Bernama) -- Mahkamah Tinggi hari ini mengekalkan sabitan dan hukuman penjara… Read More

3 days ago

Ketua Polis Negara sahkan Papagomo ditahan

KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain mengesahkan Wan Muhammad Azri Wan Deris… Read More

5 days ago