Monday, November 17, 2025

Tular Wanita Mati Hidup Semula, Terjaga & Ketuk Keranda Ketika Upacara Pengkebumian

June 13, 2023
1 min read

QUITO – Seorang wanita di Ecuador ‘bangkit semula’ dalam keranda ketika upacara pengebumiannya yang turut menjadi tular di media sosial.

Gilbert Balberan yang merupakan anak kepada Bella Montoya, 76, memberitahu ibunya mengetuk keranda itu selepas ‘kembali bernyawa’ dan wanita tersebut kemudiannya dibantu oleh dua lelaki.

Balberan menjelaskan dia terpaksa mendapatkan keranda yang didermakan untuk keluarga miskin selepas Hospital Awam Marin Icaza di bandar Babahoyo mengesahkan kematian ibunya pada Jumaat.

“Pihak hospital turut memberikan sijil kematian kepada kami,” katanya sambil menambah ibunya kini dirawat di hospital sama dan memberi tindak balas positif.

Sebelum ‘kematiannya’, Montoya dimasukkan ke hospital kerana strok dan jantungnya dikatakan terhenti.

Susulan insiden itu, Kementerian Kesihatan memaklumkan sebuah jawatankuasa telah ditubuhkan untuk menyiasat insiden tersebut selain menyelia perkembangan Montoya. – AFP

Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

HANGAT MINGGU INI

Kes Terjun Jambatan: Kesian Adik Aidil Hakim, MyKad Diviralkan Tanpa Sebab

GEORGE TOWN – Seorang remaja lelaki, Mohammad Aidil Hakim, menjadi mangsa salah

Sekolah Agama Dari Ceruk Kampung Jadi Fenomena Bola Sepak Thailand

BANGKOK – Tular di seluruh Thailand, kisah sebuah sekolah agama serba kekurangan