Alif Teega Mengaku Kahwin Dua

Pempengaruh media sosial, Alif Teega telah tampil mengaku bahawa dirinya telah bernikah dengan wanita lain pada 18 November lalu.

Suami kepada personaliti media sosial, Aisyah Hijanah ini membuat hantaran tersebut melalui akaun TikTok dan Instagram baru-baru ini.

Alif atau nama sebenarnya Mohd Hazalif Mohd Hazani berkata, tujuan dirinya mengaku telah bernikah dengan orang lain adalah bagi mengelak sebarang fitnah.

Pada masa yang sama, Alif juga ingin menjawab spekulasi yang sedang berlegar tentangnya di media sosial.

Advertisement

“Baik, Alhamdulillah berita tersebut adalah benar. Saya sudah pun bernikah. Terima kasih khususnya kepada isteri saya, Aisyah Hijanah kerana banayak bersabar walaupun saya tahu perit bagi mana-mana wanita menerima hakikat ini.”

Bukan itu sahaja, Alif juga mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih kepada isteri pertamanya yang tabah dalam mengharungi cabaran bersamanya.

Dia juga akui itu bukan sesuatu yang mudah bagi seorang wanita. Pada masa yang sama, dirinya berkata bahawa sepanjang perkahwinan bersama Aisyah, tiada sebarang kekurangan yang ada pada isterinya itu.

“Selama Aisyah menjadi isteri saya, tiada sebarang kekurangan. Doa saya agar Allah hanya kekalkan kami sehingga ke syurga. Tapi percaturan Allah buat saya dan Aisyah adalah berbeza.”

“Terima kasih atas doa daripada kalian semua buat kami. Aisyah adalah wanita pilihan Allah dan Subhanallah kuatnya dia luar biasa dan saya juga takjub dengan kekuatannya dalam hadapi setiap ujian yang datang.

Advertisement

“Saya tak rasa wanita lain sanggup berada di tempat dia. Saya mohon agar tiada mana-mana pihak membuat sebarang spekulasi dan hinaan mengenai hal ini dan biarlah segala yang berlaku di akhiri di sini saja,” katanya.

Bapa kepada dua orang cahaya mata ini turut meminta agar orang ramai mendoakan hidup barunya bersama wanita yang baru dinikahi itu.

Meskipun tiada sebarang pendedahan tentang identiti isteri keduannya itu, Alif tetap berharap agar tiada sebarang spekulasi dan hinaan yang dilemparkan kepadanya dan si isteri berkenaan hal tersebut.

Sementara itu, Aisyah turut mendoakan kebahagiaan Alif bersama madunya dan berharap orang ramai tidak bercakap buruk mengenai perkahwinan mereka.

“Doakan yang baik-baik buat kami berdua. Saya mohon agar tidak berkata yang buruk kepada Alif mahupun isteri barunya,” tulis Aisyah.

Advertisement

Baca: Aisyah Ditegur Suami Ketika LIVE Dedah Isu Rumah Tangga

Terdahulu Aisyah pernah mendedahkan perkahwinan mereka cuba dihimpit pihak ketiga yang juga pekerjanya sendiri.

Aisyah juga memaklumkan dia turut membawa Alif berubat selepas dia dipercayai terkena penyakit ain selain gangguan sihir pemisah.

Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI

Advertisement

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Dua Anggota Polis Maut: Suspek Kes Serang Balai Polis Ulu Tiram Dipercayai Ahli Jemaah Islamiyah – KPN

JOHOR BAHRU, 17 Mei (Bernama) -- Suspek lelaki yang ditembak mati dalam kejadian serangan di… Read More

1 day ago

UiTM: Tiada Perbincangan Dibuka Kepada Bukan Bumiputera – KPT

Kementerian Pendidikan Tinggi dan kerajaan tidak pernah membincangkan atau membenarkan Universiti Teknologi MARA (UiTM) dibuka… Read More

2 days ago

Kes Langgar: Pegawai Kanan Polis Mengaku Tidak Bersalah Bunuh Pelajar

IPOH, 14 Mei (Bernama) -- Seorang pegawai kanan polis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi… Read More

4 days ago

Jenazah Siti Hawa Mohamad Isa Selamat Dikebumikan, Mangsa Lemas Kereta Terjunam Dalam Tali Air

KEPALA BATAS -- Seorang wanita maut selepas kereta dipandunya dipercayai terbabas sebelum terjunam ke dalam… Read More

6 days ago

Kejam! Suami Bunuh Isteri Yang Didakwanya Malas Masak

Seorang lelaki di Riau, Indonesia tergamak membunuh isterinya sendiri kerana didakwanha malas memasak. Difahamkan juga… Read More

1 week ago

Kes Faisal Halim: Polis Peroleh Cap Jari Suspek, Tunggu Hasil Analisis Cap Jari

Menurut laporan Sinar Harian, beberapa kesan cap jari yang diperoleh di lokasi kejadian simbah asid… Read More

1 week ago