Monday, November 17, 2025

Tragedi Papar: Tiga Sekeluarga Termasuk Kanak-Kanak 10 Tahun Maut Ditimbus Tanah Runtuh

September 16, 2025
1 min read

KOTA KINABALU – Setelah lebih 10 jam operasi mencari dan menyelamat diaktifkan, mangsa terakhir yang tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Kampung Marahang Tuntul, Papar akhirnya ditemukan pada 8.45 malam, sebelum operasi tamat pada 2.05 pagi tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sabah Mohd Pisar Aziz berkata mangsa, iaitu kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Dalam kejadian pada 9.20 pagi semalam, tiga mangsa terdiri ibu dan anak-anaknya dilaporkan tertimbus.

Mangsa pertama, iaitu ibu berusia 34 tahun itu ditemukan pada 4.20 petang, manakala anak lelakinya berusia enam tahun dijumpai pada 4.25 petang.

Beliau berkata pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian tanah runtuh melibatkan sebuah rumah pada 9.20 pagi, sebelum anggota Balai Bomba dan Penyelamat Papar tiba di lokasi kejadian pada 9.34 pagi.

“Mangsa telah dikeluarkan oleh pasukan bomba yang turut dibantu oleh pasukan penyelamat lain.

“Semua mangsa disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan dan mayat diserahkan kepada Polis Diraja Malaysia untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Penemuan kanak-kanak itu menjadikan angka yang terkorban akibat tanah runtuh yang melanda Sabah sejak Jumaat lepas sebanyak 13 orang.

Sumber : BERNAMA

HANGAT MINGGU INI

Kes Terjun Jambatan: Kesian Adik Aidil Hakim, MyKad Diviralkan Tanpa Sebab

GEORGE TOWN – Seorang remaja lelaki, Mohammad Aidil Hakim, menjadi mangsa salah

Sekolah Agama Dari Ceruk Kampung Jadi Fenomena Bola Sepak Thailand

BANGKOK – Tular di seluruh Thailand, kisah sebuah sekolah agama serba kekurangan