Monday, November 17, 2025

Wanita Maut Rempuh Kerbau di Kuala Terengganu

September 14, 2025
1 min read

KUALA TERENGGANU – Seorang wanita berusia 20 tahun maut selepas motosikal yang ditungganginya merempuh seekor kerbau di Jalan Kampung Alor Parit, awal pagi tadi.

Mangsa Dalam Perjalanan Pulang

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd Noor berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kemalangan itu pada jam 3.10 pagi.

Mangsa, Siti Nur Zainatul Akmal Hanim Muhammad Hanipah, menunggang motosikal jenis Honda Beat dari arah bandar Kuala Terengganu menuju ke rumahnya di Kampung Undang.

Rempuh Kerbau di Tengah Jalan

“Siasatan awal mendapati motosikal mangsa telah melanggar seekor kerbau yang berada di tengah jalan sebelum terjatuh. Mangsa mengalami kecederaan parah dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk tindakan lanjut.

Jalan Gelap dan Tiada Lampu Jalan

Menurut Azli, motosikal mangsa remuk di bahagian hadapan manakala kejadian dipercayai berlaku di kawasan jalan gelap kerana tiada lampu jalan.

Kes kini disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – The Malaysian Update

HANGAT MINGGU INI

Kes Terjun Jambatan: Kesian Adik Aidil Hakim, MyKad Diviralkan Tanpa Sebab

GEORGE TOWN – Seorang remaja lelaki, Mohammad Aidil Hakim, menjadi mangsa salah

Sekolah Agama Dari Ceruk Kampung Jadi Fenomena Bola Sepak Thailand

BANGKOK – Tular di seluruh Thailand, kisah sebuah sekolah agama serba kekurangan