Categories: Berita Lain

DR MAZA: MENAKUTKAN BILA ORANG BIJAK JUJUR BERJASA DIANGGAP PENJENAYAH

Mufti Perlis, Dr Asri Zainul Abidin di akaun Facebook [DrMAZA.com] beliau menulis adalah menakutkan masyarakat yang menjadikan orang yang jujur, bijak dan berjasa sebagai penjenayah dan sebaliknya, penjenayah dijadikan ketua dan dibela.
“Menakutkan jika seseorang terpaksa hidup dalam sebuah masyarakat yang menjadikan orang-orang yang jujur, bijak dan berjasa sebagai penjenayah.
“Sementara, penjenayah pula ditabalkan sebagai ketua dan dibela. Semoga Allah menyelamatkan kita semua dari keadaan seperti itu,” tulis beliau.
Antara komen pembaca di Facebook Dr Maza:
Diandra Andhika Ya Allah Ustaz. Apa yang lebih menakutkan ialah rakyat menerima mereka2 ini dan menyokong perbuatan mereka. Dan lebih parah lagi sekiranya Ulamak2 juga menyokong malah berdiam. Ulamak2 hanya bersuara mengenai isu2 seperti vape, aurat (isu aurat pun selektif), kafir Harbi (yang mana jauh menyimpang), dsb. Apa yang diharapkan semoga Allah tidak menurunkan bala keatas seluruh rakyat kerana masih ada rakyat yang prihatin kepada apa yang berlaku
Aiza Khair Steady DrMAZA! Salah satunya agamawan yang berani berkata benar di Malaysia
En Hairul kita sbg rakyat biasa terpaksa tunduk,dicengkam dlm ketakutan kerana mereka yg layak dan diberi amanah utk membela telah hilang tanggungjawab
Apakah bg mereka2 ni neraka itu tidak wujud??
أزرين كسمن Sebenarnya kita memberi amanah pada yang tidak layak :p
Muhamad Asri Bkn ketakutan tp kerna duit dn jawatan…..
Methyl Ethyl Apa mrk fikir nnti di sana ada jurutera yg mampu bina jambatan dr neraka ke syurga..atau mrk berfikir yg malaikat boleh dirasuah..
Zainodin Abdul Hadi Rasulullah SAW telah mengingatkan lebeh 1400 tahun dahulu ia-itu “AWAS FITNAH AKHIR ZAMAN – DAJJAL”, yang mana pelaku jujur dan benar didustakan bagitu juga sebaleknya yang zalim dan keji diagongkan.
Abu Bakar Maidin Setuju dengan pandangan dgn Dr Maza, situasi sekarang amat menjijikan. Penyamun dan kegiatan penyamunan di bela dan disokong dengan pelbagai alasan, manakala mereka yang terbukti menjalankan tugas dengan penuh tanggungjawab hendak disabitkan dengan jenayah.
Source: malaysiastylonews Foto: Malaysiakini

Leave a Comment

Recent Posts

Bintang TikTok terkenal Iraq, Umm Fahad mati ditembak depan rumah

BAGHDAD - Pihak berkuasa Iraq sedang menyiasat pembunuhan seorang bintang TikTok ternama negara itu yang… Read More

60 mins ago

Ditutup sementara, KFC dibuka semula tanpa logo Kolonel Sanders

ALGIERS – Restoran Kentucky Fried Chicken (KFC) yang pertama di Algeria beroperasi semula selepas ditutup… Read More

1 day ago

Wanita tiba-tiba ketawa & menjerit, dipercayai dirasuk ketika majlis perkahwinannya

JAKARTA – Seorang pengantin perempuan berkelakuan aneh secara tiba-tiba dengan menjerit sambil ketawa pada majlis… Read More

2 days ago

Pemilik kereta tertekan hon kerana panik – polis

GEORGE TOWN: Polis mengesahkan menerima laporan daripada seorang pemandu kereta susulan kekecohan ketika upacara pengebumian… Read More

3 days ago

Tragis! Wanita Maut, Terjatuh Ketika Berswafoto Di Gunung Berapi

Gara-gara mahu berswafoto bersama suami di puncak gunung, seorang wanita yang berasal dari China dilaporkan… Read More

3 days ago

Pengurus Syarikat Agensi Pelancongan Didakwa Cuba Bunuh Isteri, Sebabkan Kecederaan Pengawal Peribadi

Lelaki yang melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)… Read More

3 days ago