Categories: Berita Lain

(VIDEO) “DIA BUAT JALAN RAYA INI SEPERTI BAPA DIA YANG PUNYA”



SATU rakaman video memaparkan seorang penunggang motosikal
nyaris dirempuh dari hadapan oleh pemandu kereta jenis Peugeot yang memandu
secara berbahaya menjadi tular di laman Facebook sejak semalam.
Rakaman video berdurasi 15 saat yang dimuat naik pengguna
Facebook bernama Amin Nasir sehingga kini mendapat tontonan lebih 595 ribu kali
dan dikongsi 3,578 pengguna Facebook.
Menurut Amin Nasir, kejadian berlaku kira-kira jam 8.40 pagi
semalam, namun lokasi kejadian tidak dimaklumkan, lapor Malaysian Digest.
“Saya pakai safety vest sebab nak bagi pengguna jalan
raya yang lain nampak. Tetapi pemandu Peugeot ini tetap keluar dari lorongnya
untuk memotong, seolah-olah saya tidak wujud.
“Kalau begini caranya, dia nak saya tunggang motosikal
ini di mana kalau dia buat jalan raya ini seperti bapa dia yang punya?
“Nombor plat keretanya PGX29. Siapa yang kenal tolong
bubuh sebijik kat belah mata kanan sebab dia ini rabun motosikal,”
tulisnya.
Berdasarkan rakaman, pemandu kereta jenis Peugeot kelihatan
cuba memotong sebuah kenderaan di jalan dua lorong, sementara Amin Nasir
menunggang motosikal dari arah bertentangan.
Amin Nasir kedengaran membunyikan hon ke arah pemandu kereta
tersebut, namun si pemandu terus memotong kenderaan di hadapannya menyebabkan
dia terpaksa mengelak ke bahu jalan.
Susulan insiden, rata-rata netizen mengecam tindakan pemandu
berkenaan yang memandu dalam keadaan melulu dan berbahaya sehingga nyaris
menyebabkan berlaku kemalangan.

Segelintir netizen turut menggesa pihak polis mengenal pasti
pemandu kereta jenis Peugeot itu.




Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Bintang TikTok terkenal Iraq, Umm Fahad mati ditembak depan rumah

BAGHDAD - Pihak berkuasa Iraq sedang menyiasat pembunuhan seorang bintang TikTok ternama negara itu yang… Read More

53 mins ago

Ditutup sementara, KFC dibuka semula tanpa logo Kolonel Sanders

ALGIERS – Restoran Kentucky Fried Chicken (KFC) yang pertama di Algeria beroperasi semula selepas ditutup… Read More

1 day ago

Wanita tiba-tiba ketawa & menjerit, dipercayai dirasuk ketika majlis perkahwinannya

JAKARTA – Seorang pengantin perempuan berkelakuan aneh secara tiba-tiba dengan menjerit sambil ketawa pada majlis… Read More

2 days ago

Pemilik kereta tertekan hon kerana panik – polis

GEORGE TOWN: Polis mengesahkan menerima laporan daripada seorang pemandu kereta susulan kekecohan ketika upacara pengebumian… Read More

3 days ago

Tragis! Wanita Maut, Terjatuh Ketika Berswafoto Di Gunung Berapi

Gara-gara mahu berswafoto bersama suami di puncak gunung, seorang wanita yang berasal dari China dilaporkan… Read More

3 days ago

Pengurus Syarikat Agensi Pelancongan Didakwa Cuba Bunuh Isteri, Sebabkan Kecederaan Pengawal Peribadi

Lelaki yang melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)… Read More

3 days ago