Categories: Berita Lain

ANGGOTA MILITAN ABU SAYYAF TUMPAS DI KUALA LUMPUR

Gambar tidak bertarikh menunjukkan Abu Asrie (kiri) di Pulau
Basilan di selatan Filipina. Mereka yang lain dipercayai anggota kumpulan
bersenjata di Filipina.

KOTA KINABALU: Lapan individu yang disyaki anggota kumpulan
militan Abu Sayyaf ditahan di Kuala Lumpur.

Polis menahan anggota militan yang berpangkalan di selatan
Filipina termasuk salah seorang pemimpin Abu Sayyaf, Hajar Abdul Mubin, dalam
satu operasi di Cheras pada malam ambang sambutan Hari Kebangsaan, Rabu lalu lapor mstar online.

Hajar yang turut dikenali sebagai Abu Asrie ditahan bersama
seorang lagi rakyat Filipina, Abraham Embung, 29, dan enam rakyat Malaysia
keturunan Filipina dari Sabah.

Abu Asrie yang berusia 25 tahun dipercayai merupakan anggota
Lucky 9, kumpulan penculikan untuk tebusan yang berpangkalan di Jolo, dikaitkan
dengan kumpulan Abu Sayyaf yang berpangkalan di hutan Jolo dan kepulauan
Basilan di selatan Filipina.

Kesemua rakyat Malaysia terbabit, berusia antara 20 dan 52
tahun, dipercayai dari Sandakan dan bekerja di Kuala Lumpur.

Menurut sumber, antara suspek merupakan pengawal keselamatan
dan anggota Rela.

Sumber risikan Filipina pula memberitahu kumpulan Lucky 9
terlibat dalam aktiviti penculikan untuk tebusan di bandar Jolo.

Mereka dikenali dengan penculikan mangsa dengan bayaran
tebusan 10,000 pesos (kira-kira RM836).

Segelintir mereka mempunyai kaitan dengan lelaki bersenjata
Abu Sayyaf yang melarikan ke Jolo selepas operasi besar-besaran oleh pasukan
keselamatan Filipina, susulan beberapa kes penculikan rentas sempadan di pantai
timur Sabah.

Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Bintang TikTok terkenal Iraq, Umm Fahad mati ditembak depan rumah

BAGHDAD - Pihak berkuasa Iraq sedang menyiasat pembunuhan seorang bintang TikTok ternama negara itu yang… Read More

1 day ago

Ditutup sementara, KFC dibuka semula tanpa logo Kolonel Sanders

ALGIERS – Restoran Kentucky Fried Chicken (KFC) yang pertama di Algeria beroperasi semula selepas ditutup… Read More

2 days ago

Wanita tiba-tiba ketawa & menjerit, dipercayai dirasuk ketika majlis perkahwinannya

JAKARTA – Seorang pengantin perempuan berkelakuan aneh secara tiba-tiba dengan menjerit sambil ketawa pada majlis… Read More

3 days ago

Pemilik kereta tertekan hon kerana panik – polis

GEORGE TOWN: Polis mengesahkan menerima laporan daripada seorang pemandu kereta susulan kekecohan ketika upacara pengebumian… Read More

4 days ago

Tragis! Wanita Maut, Terjatuh Ketika Berswafoto Di Gunung Berapi

Gara-gara mahu berswafoto bersama suami di puncak gunung, seorang wanita yang berasal dari China dilaporkan… Read More

4 days ago

Pengurus Syarikat Agensi Pelancongan Didakwa Cuba Bunuh Isteri, Sebabkan Kecederaan Pengawal Peribadi

Lelaki yang melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)… Read More

4 days ago