Categories: Berita Lain

(VIDEO) VIRAL WANITA DIROMPAK 3 LELAKI DI KEDAI DOBI LAYAN DIRI


KUALA LUMPUR – Video seorang wanita dirompak tiga lelaki
bersenjatakan parang ketika berada di kedai dobi layan diri, tersebar di media
sosial.


Dalam kejadian yang berlaku pada jam 11.35 malam, Jumaat
lalu di lokasi yang tidak dinyatakan, tiga lelaki yang memakai topi keledar dan
dua daripada suspek bersenjata parang merompak mangsa yang sedang menunggu
pakaiannya siap dibasuh.

Ketika kejadian, terdapat dua lelaki dan seorang wanita
bersama anaknya di dalam kedai tersebut yang kemudian didatangi oleh dua suspek
yang meminta mereka menyerahkan barang berharga masing-masing.

Pada awalnya, suspek cuba merompak lelaki berbaju merah,
namun dipercayai tidak mempunyai barang berharga yang dibawa bersama, lalu
beralih kepada wanita berkenaan.

Berdasarkan video rakaman kamera litar tertutup (CCTV),
seorang suspek berbaju putih merentap rantai emas dan mangsa cuba melawan
tetapi diugut dicederakan dengan parang menyebabkan dia terpaksa akur.

Rakan suspek kemudian datang dan cuba mengambil gelang
emasnya. Suspek berbaju putih datang semula untuk mengambil beg tangan mangsa.

Suspek ketiga yang menunggu di luar kemudian masuk ke dalam
kedai untuk membantu rakannya mendapatkan gelang emas tersebut, sebelum
ketiga-tiga suspek beredar dari tempat kejadian, meninggalkan yang ketakutan.

Video kejadian tersebut viral di media sosial, mencetuskan
pelbagai reaksi netizen yang rata-ratanya menasihatkan orang ramai
berhati-hati.

“My advice is, bila basuh baju, tinggalkan tempat itu.
Bila agak dah siap, baru datang semula. Kalau nak keringkan, settlekan dulu,
kemudian tinggalkan. Jangan hadap sangat free WiFi self service laundry
itu,” kata Zulhamizan Sukor.

“Dah tahu waktu-waktu begini nak pergi tempat seperti
ini tak perlulah nak berhias sangat dengan barang kemas atau bawa barang-barang
berharga. Agak-agak bawa untuk nilai bersihkan pakaian itu saja sudah
cukup,” kata Jo Jo.

Sementara itu, ada segelintir netizen yang mempersoalkan
seorang lelaki berusia lingkungan 50-an itu seperti tidak endah dengan apa yang
berlaku dan meneruskan urusannya seperti biasa.

Walau bagaimanapun, ada yang berpendapat mungkin lelaki itu
juga takut dan tiada kudrat untuk membantu di atas faktor usia dan keselamatan
diri. – The Reporter



Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Bintang TikTok terkenal Iraq, Umm Fahad mati ditembak depan rumah

BAGHDAD - Pihak berkuasa Iraq sedang menyiasat pembunuhan seorang bintang TikTok ternama negara itu yang… Read More

1 day ago

Ditutup sementara, KFC dibuka semula tanpa logo Kolonel Sanders

ALGIERS – Restoran Kentucky Fried Chicken (KFC) yang pertama di Algeria beroperasi semula selepas ditutup… Read More

3 days ago

Wanita tiba-tiba ketawa & menjerit, dipercayai dirasuk ketika majlis perkahwinannya

JAKARTA – Seorang pengantin perempuan berkelakuan aneh secara tiba-tiba dengan menjerit sambil ketawa pada majlis… Read More

4 days ago

Pemilik kereta tertekan hon kerana panik – polis

GEORGE TOWN: Polis mengesahkan menerima laporan daripada seorang pemandu kereta susulan kekecohan ketika upacara pengebumian… Read More

4 days ago

Tragis! Wanita Maut, Terjatuh Ketika Berswafoto Di Gunung Berapi

Gara-gara mahu berswafoto bersama suami di puncak gunung, seorang wanita yang berasal dari China dilaporkan… Read More

4 days ago

Pengurus Syarikat Agensi Pelancongan Didakwa Cuba Bunuh Isteri, Sebabkan Kecederaan Pengawal Peribadi

Lelaki yang melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)… Read More

5 days ago