Categories: Berita Lain

MAUT KENA SERANGAN JANTUNG


DUA lelaki meninggal dunia di Segamat dan Petaling Jaya hari
ini kerana serangan jantung.
Dalam kejadian pertama, Abdul Halim Mustapha, 53, yang
berasal dari Raub, Pahang meninggal dunia di dalam tandas awam di Gerai Majlis
Daerah Segamat (MDS) di Kilometer 1, Jalan Segamat ke Muar, pada 11.45 pagi.
Abdul Halim dalam perjalanan menghantar anak perempuannya
berusia 20 tahun yang juga penuntut tahun tiga Universiti Teknologi Mara (UiTM)
Segamat.
Sebaik tiba di gerai berkenaan untuk makan tengah hari,
lelaki berkenaan memberitahu anaknya dia mahu ke tandas awam yang terletak
berdekatan kerana sakit perut.
Ketua Polis Daerah Segamat Superintenden Raub Selamat
berkata, bagaimanapun selepas hampir sejam kemudian, lelaki itu tidak keluar
dari tandas menyebabkan anaknya mula bimbang dan curiga.
“Dengan bantuan orang ramai, lelaki itu ditemui tidak
sedarkan diri dan kepalanya tersandar di dinding tandas dalam keadaan
duduk,” katanya.
Katanya, pasukan perubatan yang tiba di lokasi mengesahkan
lelaki itu sudah meninggal dunia dan dibawa ke Hospital Segamat untuk tindakan
lanjut.
Raub berkata, kes disiasat sebagai kematian mengejut dan
tiada unsur jenayah ditemui di lokasi.
Dalam kejadian kedua, Satulaysan Mutaya, 47, meninggal dunia
akibat serangan jantung ketika memandu di Kilometer 23.8 Lebuhraya Lembah Baru
Klang (NKVE), Petaling Jaya, kira-kira 4 petang.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat
Selangor Mohd Sani Harul berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan
berhubung kejadian itu pada jam 4.10 petang, lapor BH Online.
“Seramai lapan anggota bersama tiga jentera dari Balai
Bomba dan Penyelamat (BBP) Taman Tun Dr Ismail (TTDI) dan BBP Sungai Buloh
dikerahkan ke lokasi kejadian.
“Sebaik tiba di lokasi kejadian, kami mendapati mangsa
tersepit di tempat duduk pemandu selepas kereta jenis BMW dipandunya melanggar
pembahagi jalan,” katanya.
Mohd Sani berkata, mangsa yang dalam perjalanan dari Kuala
Lumpur dipercayai terkena serangan jantung ketika memandu menyebabkan kereta
itu hilang kawalan sebelum melanggar pembahagi jalan.
“Pelanggaran itu menyebabkan mangsa tersepit di tempat
duduk pemandu. Anggota bomba mengambil masa lebih 10 minit untuk mengeluarkan
mangsa.
“Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian dan
mayatnya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya.

Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Bintang TikTok terkenal Iraq, Umm Fahad mati ditembak depan rumah

BAGHDAD - Pihak berkuasa Iraq sedang menyiasat pembunuhan seorang bintang TikTok ternama negara itu yang… Read More

1 day ago

Ditutup sementara, KFC dibuka semula tanpa logo Kolonel Sanders

ALGIERS – Restoran Kentucky Fried Chicken (KFC) yang pertama di Algeria beroperasi semula selepas ditutup… Read More

2 days ago

Wanita tiba-tiba ketawa & menjerit, dipercayai dirasuk ketika majlis perkahwinannya

JAKARTA – Seorang pengantin perempuan berkelakuan aneh secara tiba-tiba dengan menjerit sambil ketawa pada majlis… Read More

3 days ago

Pemilik kereta tertekan hon kerana panik – polis

GEORGE TOWN: Polis mengesahkan menerima laporan daripada seorang pemandu kereta susulan kekecohan ketika upacara pengebumian… Read More

4 days ago

Tragis! Wanita Maut, Terjatuh Ketika Berswafoto Di Gunung Berapi

Gara-gara mahu berswafoto bersama suami di puncak gunung, seorang wanita yang berasal dari China dilaporkan… Read More

4 days ago

Pengurus Syarikat Agensi Pelancongan Didakwa Cuba Bunuh Isteri, Sebabkan Kecederaan Pengawal Peribadi

Lelaki yang melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)… Read More

4 days ago