Categories: Berita Lain

Ahmad Fuaad Akhiri Tempoh Jawatan Sebagai CEO Proton Pada 30 Sept

Ahmad Fuaad Kenali Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Proton Holdings Bhd – Foto: The Malay Mail Online

KUALA LUMPUR – Datuk Ahmad Fuaad Kenali akan mengakhiri
tempoh sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Proton Holdings Bhd pada 30 Sept,
2017.
Dalam kenyataan hari ini, DRB-Hicom Bhd berkata Pengarah
Urusan Kumpulan, Datuk Seri Syed Faisal Albar, akan meneruskan jawatannya
sebagai Pengerusi Proton Holdings keseluruhannya.
Syarikat itu turut berkata, Datuk Radzaif Mohamed akan kekal
sebagai Timbalan CEO Perusahaan Otomobil Nasional Sdn Bhd (PONSB) dan Abdul
Rashid Musa akan terus memegang jawatan CEO Proton Edar Sdn Bhd.
Ahmad Fuaad dilantik sebagai CEO Proton Holdings pada 1
April 1, 2016 selepas menyandang jawatan​​​​​​Ketua Pegawai Operasi/Pengarah
Kanan Kumpulan DRB-Hicom pada 2013.
Syed Faisal berkata, Proton telah memperkenalkan empat model
baharu dalam tempoh lapan bulan​​​​​​ ketika di bawah tanggungjawab Ahmad
Fuaad.
“Beliau juga berperanan penting dalam mengakhiri usaha
syarikat pembuat kereta nasional itu bagi mendapatkan rakan kongsi strategik
asing.
“Keperluan bagi mempunyai rakan kongsi strategik asing
merupakan satu daripada keutamaan penting DRB-Hicom semasa pengambilalihan kami
ke atas Proton Holdings pada 2012,” katanya.
Sementara itu, DRB-Hicom berkata, langkah korporat yang
dilaksanakan bersama Zhejiang Geely Holding Group adalah hampir selesai.
Apabila ia diselesaikan, Geely Holding akan mencalonkan
individu sesuai sebagai CEO PONSB, dengan menambah, bahawa satu pengumuman
berkaitan komposisi lembaga pengarah, terdiri daripada wakil DRB-Hicom dan
Geely Holding, akan dibuat dalam tempoh terdekat.
DRB-Hicom dan Geely Holding kini berusaha untuk
memuktamadkan pelan perniagaan Proton Group, yang akan menggabungkan strategi
mereka bagi bersama-sama membangunkan model baharu untuk pasaran dunia.
DRB-Hicom dan Geely Holding masing-masing memegang 50.1
peratus dan 49.9 peratus pegangan dalam Proton Group.
Ia terdiri daripada tiga entiti utama – Proton Holdings Bhd
sebagai syarikat pegangan; anak syarikat Proton Holding, PONSB, sebagai
syarikat pengeluaran, operasi, pembuatan dan pemasaran manakala​​​​​​​Proton
Edar sebagai cabang pengedaran utama bagi kumpulan itu.
Bagi ketiga-tiga entiti itu, DRB-Hicom mempunyai satu kerusi
tambahan dalam lembaga pengarah, menepati 50.1 peratus pegangan. – BERNAMA

Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Bintang TikTok terkenal Iraq, Umm Fahad mati ditembak depan rumah

BAGHDAD - Pihak berkuasa Iraq sedang menyiasat pembunuhan seorang bintang TikTok ternama negara itu yang… Read More

1 day ago

Ditutup sementara, KFC dibuka semula tanpa logo Kolonel Sanders

ALGIERS – Restoran Kentucky Fried Chicken (KFC) yang pertama di Algeria beroperasi semula selepas ditutup… Read More

2 days ago

Wanita tiba-tiba ketawa & menjerit, dipercayai dirasuk ketika majlis perkahwinannya

JAKARTA – Seorang pengantin perempuan berkelakuan aneh secara tiba-tiba dengan menjerit sambil ketawa pada majlis… Read More

3 days ago

Pemilik kereta tertekan hon kerana panik – polis

GEORGE TOWN: Polis mengesahkan menerima laporan daripada seorang pemandu kereta susulan kekecohan ketika upacara pengebumian… Read More

4 days ago

Tragis! Wanita Maut, Terjatuh Ketika Berswafoto Di Gunung Berapi

Gara-gara mahu berswafoto bersama suami di puncak gunung, seorang wanita yang berasal dari China dilaporkan… Read More

4 days ago

Pengurus Syarikat Agensi Pelancongan Didakwa Cuba Bunuh Isteri, Sebabkan Kecederaan Pengawal Peribadi

Lelaki yang melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)… Read More

4 days ago