Categories: Berita Lain

Kemungkinan Dakwa Ibu Bapa Suspek?

Kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah korbankan 23 nyawa



POLIS tidak menolak kemungkinan untuk mendakwa ibu bapa suspek
dipercayai terbabit dalam kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah yang
mengorbankan 23 nyawa, Khamis lalu .

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata,
bagaimanapun, perkara itu hanya akan diputuskan oleh pejabat Peguam Negara.
“Saya tidak boleh komen sebab (masih) terlalu awal
untuk komen. Kita melihat dari semua sudut. Apa yang saya boleh kata awak
(wartawan) tunggu dan lihat kerana ketika ini keutamaan kita adalah
melengkapkan kertas siasatan dan menghantar laporan kepada pihak berkaitan.
“Ia juga bergantung kepada cadangan kami kelak. Kita
akan melakukan yang sewajar. Pada masa sama, perkara ini perlu dibincang dengan
pejabat Peguam Negara.
“Pegawai kami juga bekerja keras untuk melengkapkan
kertas siasatan dalam tempoh terdekat ini,” katanya ketika ditemui media
selepas menghadiri mesyuarat Jawatankuasa Peringkat Tinggi (HLC) Mengenai
Pasukan Petugas Khas Sekolah-sekolah Tahfiz yang dipengerusikan Timbalan
Perdana Menteri di Bangunan Putra Perdana, Putrajaya, hari ini.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas sama ada ibu
bapa kepada tujuh suspek yang terbabit dalam insiden kebakaran maahad tahfiz
berkenaan boleh didakwa untuk memberi pengajaran kepada orang ramai.
Ditanya sama ada ketujuh-tujuh suspek berkenaan akan terus
didakwa atau disambung reman, Mohamad Fuzi berkata, ia bergantung kepada
keperluan pihak polis, lapor My Metro lagi.
“Ketika ini, laporan dari beberapa pihak termasuk
Jabatan Kimia, Jabatan Bomba dan Penyelamat serta beberapa laporan lain yang
perlu dilengkapkan dalam masa terdekat.
“Ini kerana kita perlu menghantar laporan kepada pihak
berkenaan secepat mungkin,” katanya.
Dalam kejadian Khamis lalu, 21 pelajar dan dua guru
terkorban manakala tujuh cedera.

Susulan kejadian, tujuh remaja disyaki terbabit dalam perbuatan
khianat membakar pusat tahfiz tersebut ditahan reman.

Advertisement
Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Bintang TikTok terkenal Iraq, Umm Fahad mati ditembak depan rumah

BAGHDAD - Pihak berkuasa Iraq sedang menyiasat pembunuhan seorang bintang TikTok ternama negara itu yang… Read More

10 hours ago

Ditutup sementara, KFC dibuka semula tanpa logo Kolonel Sanders

ALGIERS – Restoran Kentucky Fried Chicken (KFC) yang pertama di Algeria beroperasi semula selepas ditutup… Read More

2 days ago

Wanita tiba-tiba ketawa & menjerit, dipercayai dirasuk ketika majlis perkahwinannya

JAKARTA – Seorang pengantin perempuan berkelakuan aneh secara tiba-tiba dengan menjerit sambil ketawa pada majlis… Read More

3 days ago

Pemilik kereta tertekan hon kerana panik – polis

GEORGE TOWN: Polis mengesahkan menerima laporan daripada seorang pemandu kereta susulan kekecohan ketika upacara pengebumian… Read More

3 days ago

Tragis! Wanita Maut, Terjatuh Ketika Berswafoto Di Gunung Berapi

Gara-gara mahu berswafoto bersama suami di puncak gunung, seorang wanita yang berasal dari China dilaporkan… Read More

3 days ago

Pengurus Syarikat Agensi Pelancongan Didakwa Cuba Bunuh Isteri, Sebabkan Kecederaan Pengawal Peribadi

Lelaki yang melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)… Read More

4 days ago