Categories: Berita Lain

(VIDEO) “Dahlah Comel, Pandai Cakap Mandarin Pula” – Viral Awek JPJ Pandai Cakap Mandarin

Nur Syafiqah Azaman bercakap dalam bahasa Mandarin ketika membantu urusan dua penuntut dari Shandong, China.



SEORANG pembantu penguat kuasa di Jabatan Pengangkutan Jalan
(JPJ) Perlis tidak menyangka, video dia bercakap dalam bahasa Mandarin ketika
membantu urusan dua penuntut dari Shandong, China di kaunter perkhidmatan
jabatan itu petang semalam, tular di media sosial dan ditonton hampir sejuta
orang.

Nur Syafiqah Azaman, 23, berkata, segalanya bermula apabila
rakan sekerjanya yang merakam dia berbual dan memberi penerangan kepada dua
pelajar terbabit memuat naik video itu ke laman rasmi JPJ Perlis sebelum ia
dikongsikan netizen, lapor My Metro.
Katanya, ketika itu dua pelajar terbabit iaitu Sun Wen Xuan,
18, dan Zhai Qin Xing, 19, yang mendakwa menuntut di Universiti Utara Malaysia
(UUM) dalam bidang kewangan dan pengurusan perniagaan masing-masing, mahu
membuat pertukaran nama hak milik kenderaan.
“Mereka berdua baru saja membeli sebuah kereta untuk
kegunaan di negara ini. Namun, ketika berurusan di kaunter, saya perhatikan
mereka tidak boleh berbahasa Melayu dan berbahasa Inggeris juga tersekat-sekat.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Jadi saya terpanggil untuk membantu dan memberi
sedikit penerangan mengenai prosedur yang perlu dilakukan oleh mereka termasuk
di PUSPAKOM (Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer) dalam bahasa mandarin. Syukur
mereka boleh memahaminya dengan jelas,” kata gadis berasal dari Changlun,
Kedah dan berdarah kacukan Cina dari sebelah ibunya ketika ditemui petang
semalam.
Nur Syafiqah berkata, dia mahir berbahasa Mandarin apabila
belajar di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Yit Min, Changlun selain
ibunya yang berbangsa Tionghua turut mengajarnya di rumah sejak kecil.
“Ibu saya memang seratus peratus berbangsa Cina dan
kini seorang tukang jahit di Changlun. Ibu memang banyak mengajar saya bercakap
bahasa Mandarin,” katanya.
Sementara itu, rakaman video berdurasi satu minit 37 saat
yang tular di aplikasi ‘WhatsApp’ dan Facebook itu jelas menunjukkan kepetahan
Nur Syafiqah berbahasa Mandarin membantu dua pelajar terbabit.
Sementara itu, Pengarah JPJ Perlis, Shahrul Azhar Md Dali
berkata, kehadiran Nur Syafiqah di JPJ Perlis adalah satu penghargaan dan
kelebihan kepada jabatan itu.
“Mempunyai kakitangan seperti beliau (Nur Syafiqah)
satu kelebihan kepada JPJ memandangkan kita berurusan dengan semua bangsa dalam
negara ini.

“Saya juga menggalakkan setiap kakitangan khususnya di
bahagian perkhidmatan pelanggan untuk menguasai bahasa ketiga sedia ada dalam
negara,”jelasnya.

Advertisement
Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Bintang TikTok terkenal Iraq, Umm Fahad mati ditembak depan rumah

BAGHDAD - Pihak berkuasa Iraq sedang menyiasat pembunuhan seorang bintang TikTok ternama negara itu yang… Read More

1 day ago

Ditutup sementara, KFC dibuka semula tanpa logo Kolonel Sanders

ALGIERS – Restoran Kentucky Fried Chicken (KFC) yang pertama di Algeria beroperasi semula selepas ditutup… Read More

2 days ago

Wanita tiba-tiba ketawa & menjerit, dipercayai dirasuk ketika majlis perkahwinannya

JAKARTA – Seorang pengantin perempuan berkelakuan aneh secara tiba-tiba dengan menjerit sambil ketawa pada majlis… Read More

4 days ago

Pemilik kereta tertekan hon kerana panik – polis

GEORGE TOWN: Polis mengesahkan menerima laporan daripada seorang pemandu kereta susulan kekecohan ketika upacara pengebumian… Read More

4 days ago

Tragis! Wanita Maut, Terjatuh Ketika Berswafoto Di Gunung Berapi

Gara-gara mahu berswafoto bersama suami di puncak gunung, seorang wanita yang berasal dari China dilaporkan… Read More

4 days ago

Pengurus Syarikat Agensi Pelancongan Didakwa Cuba Bunuh Isteri, Sebabkan Kecederaan Pengawal Peribadi

Lelaki yang melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)… Read More

5 days ago