Categories: Berita LainHiburan

PM Najib: Hubungan Malaysia-Indonesia Ibarat Sebuah Keluarga

PM Najib berkata adalah menjadi satu kebanggaan bagi
Malaysia dan Indonesia kerana kedua-dua negara ini bukan sekadar berjiran malah
mempunyai banyak persamaan serta berkongsi budaya dan bahasa. – Foto Astro Awani

JAKARTA: Malaysia sentiasa menganggap hubungan dua hala
dengan Indonesia seperti hubungan dalam sebuah keluarga yang diumpamakan
“air yang dicincang tak akan putus”, kata Perdana Menteri Datuk Seri
Najib Tun Razak.
Beliau berkata walaupun hubungan antara kedua-dua negara ini
mengalami kisah pahit-manis dan suka-duka dalam melakar sejarah negara
masing-masing namun talian persaudaraan yang terbina antara Malaysia-Indonesia
semakin hari semakin kukuh.
“Saya yakin bahawa hubungan akrab dan positif antara
dua buah negara berjiran bukan sahaja mampu menjadi semakin mantap bahkan
bertambah kukuh melangkaui sempadan diplomatik,” katanya dalam amanat khas
yang disiarkan menerusi klip video sempena majlis makan malam sambutan Hari
Malaysia dan 60 Tahun Hubungan Diplomatik Malaysia-Indonesia di sini malam
tadi.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Majlis anjuran Kedutaan Besar Malaysia di Indonesia itu
dihadiri lebih 1,000 tetamu termasuk Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk
Seri Salleh Said Keruak, Menteri Pendidikan dan Kebudayaan Indonesia Muhajir
Effendy, Menteri Komunikasi dan Informatik Indonesia Rudyantara, Ketua
Pengarang Bernama Datuk Zakaria Abdul Wahab, duta-duta negara asing dan
ahli-ahli perniagaan.
Najib berkata adalah menjadi satu kebanggaan bagi Malaysia
dan Indonesia kerana kedua-dua negara ini bukan sekadar berjiran malah
mempunyai banyak persamaan serta berkongsi budaya dan bahasa yang melambangkan
kekayaan bangsa serumpun.
Perdana menteri juga menyeru semua pihak agar terus
memelihara dan memperkukuh hubungan akrab yang terbina itu agar mampu melampaui
batas-batas kebudayaan yang lazim.
Hubungan yang dibina selama 60 tahun tidak harus dilihat
dari aspek hubungan rasmi sahaja malah semua pihak harus berusaha
meningkatkannya ke tahap lebih tinggi untuk generasi akan datang, katanya.
Terdahulu itu, Muhajir berkata walaupun hubungan Malaysia-Indonesia
mempunyai pasang surut tetapi para pemimpinnya sentiasa mengutamakan kedamaian
hidup berjiran.
Slogan sambutan Hari Kebangsaan Malaysia “Negaraku
Sehati Sejiwa” itu perlu diperluaskan di peringkat hubungan antara
Malaysia dan Indonesia supaya rakyat di kedua-dua buah negara juga menjadi
hubungan sehati sejiwa, katanya.
Beliau berkata slogan sehati sejiwa itu sangat mendalam
maknanya jika ia dapat diperluaskan dalam hubungan rakyat dengan rakyat antara
Indonesia dan Malaysia.
Sementara itu, Duta Besar Malaysia di Indonesia Datuk Seri
Zahrain Mohamed Hashim, berkata pihak kedutaan sering menganjurkan pelbagai
program persahabatan dengan Indonesia kerana mengambil pendekatan
“mensejahterakan jiran” dalam mengukuhkan hubungan.
“Acara majlis makan malam yang dianjurkan ternyata
mengeratkan lagi hubungan antara rakyat dengan rakyat apabila dimeriahkan
dengan persembahan artis-artis Malaysia dan Indonesia yang masing-masing
diminati oleh rakyat kedua-dua negara,” katanya.
Beliau berkata daripada maklum balas yang diterimanya,
banyak pihak termasuk pertubuhan bukan kerajaan di Indonesia menyambut baik
malah berbangga dengan majlis itu kerana ia dapat mengakrabkan lagi hubungan
rakyat dengan rakyat Malaysia dan Indonesia.
Antara artis popular kedua-dua negara yang membuat
persembahan pada majlis makan malam itu yang dimeriahkan juga dengan pementasan
kebudayaan, ialah penyanyi rock Malaysia Amy Search dan penyanyi pop Indonesia
Rossa.

— BERNAMA

Advertisement
Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Bintang TikTok terkenal Iraq, Umm Fahad mati ditembak depan rumah

BAGHDAD - Pihak berkuasa Iraq sedang menyiasat pembunuhan seorang bintang TikTok ternama negara itu yang… Read More

23 hours ago

Ditutup sementara, KFC dibuka semula tanpa logo Kolonel Sanders

ALGIERS – Restoran Kentucky Fried Chicken (KFC) yang pertama di Algeria beroperasi semula selepas ditutup… Read More

2 days ago

Wanita tiba-tiba ketawa & menjerit, dipercayai dirasuk ketika majlis perkahwinannya

JAKARTA – Seorang pengantin perempuan berkelakuan aneh secara tiba-tiba dengan menjerit sambil ketawa pada majlis… Read More

3 days ago

Pemilik kereta tertekan hon kerana panik – polis

GEORGE TOWN: Polis mengesahkan menerima laporan daripada seorang pemandu kereta susulan kekecohan ketika upacara pengebumian… Read More

3 days ago

Tragis! Wanita Maut, Terjatuh Ketika Berswafoto Di Gunung Berapi

Gara-gara mahu berswafoto bersama suami di puncak gunung, seorang wanita yang berasal dari China dilaporkan… Read More

4 days ago

Pengurus Syarikat Agensi Pelancongan Didakwa Cuba Bunuh Isteri, Sebabkan Kecederaan Pengawal Peribadi

Lelaki yang melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)… Read More

4 days ago