Categories: Berita Lain

Kerajaan Telah Ambil Ketetapan Larang Pesta Gay

Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia Datuk Seri Mustafar Ali – Foto: New Straits Times

BUTTERWORTH – Jabatan Imigresen Malaysia akan mendapatkan
maklumat daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan beberapa agensi penguat
kuasa lain berhubung pesta gay yang dirancang diadakan di Kuala Lumpur hujung
bulan ini.
Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Mustafar Ali berkata ia bagi
memastikan mereka berkenaan yang bermasalah tidak masuk ke negara ini dan
mereka akan diberikan Notis Penolakan Masuk (NIL) di bawah Seksyen 8 Akta
Imigresen 1559/63.
“Kerajaan telah ambil satu ketetapan iaitu melarang pesta
berkenaan dan Imigresen dipertanggungjawabkan untuk menyekat mana-mana individu
atau penganjur untuk masuk ke Malaysia.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Saya juga tidak faham dengan mereka yang
mempertikaikan tindakan JIM untuk melarang individu terlibat pesta itu masuk ke
Malaysia kerana ia (pesta) bukan budaya negara ini dan ini bukan sahaja soal
agama Islam atau tidak, tetapi (pesta itu) terlalu abnormal kepada kita (di
Malaysia),” katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan
majikan bagi membincangkan isu pekerja asing, di sini hari ini.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
pada Jumaat menyatakan bahawa Kerajaan Malaysia tidak akan membenarkan sebarang
acara atau parti gay yang dilaporkan dirancang untuk diadakan pada 30
September.
Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata walaupun
sehingga ini penganjur acara itu belum membuat permohonan permit bagi
membolehkan acara itu berlangsung, beliau telah mengarahkan PDRM untuk tidak
meluluskannya.
Dilaporkan pesta itu diadakan bagi mempromosikan acara
perhimpunan gay tahunan terbesar di Asia iaitu ‘White Party Bangkok’ di
Thailand yang dijadualkan berlangsung pada 28 Disember depan.
Sementara itu, Mustafar berkata majikan tidak perlu takut
atau bimbang untuk memohon pekerja asing untuk bekerja di syarikat mereka
kerana pihaknya sentiasa bersedia meluluskannya jika ia mematuhi peraturan yang
ditetapkan.
“Majikan perlu buktikan ada perjanjian kontrak untuk projek
mereka laksanakan untuk mengambil pekerja asing dan bukannya tiada kerja
(projek), tetapi memohon (pekerja) dalam jumlah yang ramai atau luar biasa, itu
macam menjual orang jadi memang tidak diluluskan (permohonan) tersebut,” katanya.
Beliau berkata ketika ini terdapat 1.72 juta pekerja asing
yang berdaftar di negara ini dan pihaknya percaya jumlah itu mencukupi untuk
menampung permintaan majikan.

“Selain itu, majikan juga dinasihatkan agar tidak
memohon pekerja asing dengan menggunakan orang tengah sebaliknya terus kepada
Imigresen bagi mengelak ditipu dan dikenakan caj yang tinggi oleh mereka (orang
tengah) dan kami juga akan mengambil tindakan tegas terhadap orang
tengah,” katanya. –Bernama

Advertisement
Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Bintang TikTok terkenal Iraq, Umm Fahad mati ditembak depan rumah

BAGHDAD - Pihak berkuasa Iraq sedang menyiasat pembunuhan seorang bintang TikTok ternama negara itu yang… Read More

11 hours ago

Ditutup sementara, KFC dibuka semula tanpa logo Kolonel Sanders

ALGIERS – Restoran Kentucky Fried Chicken (KFC) yang pertama di Algeria beroperasi semula selepas ditutup… Read More

2 days ago

Wanita tiba-tiba ketawa & menjerit, dipercayai dirasuk ketika majlis perkahwinannya

JAKARTA – Seorang pengantin perempuan berkelakuan aneh secara tiba-tiba dengan menjerit sambil ketawa pada majlis… Read More

3 days ago

Pemilik kereta tertekan hon kerana panik – polis

GEORGE TOWN: Polis mengesahkan menerima laporan daripada seorang pemandu kereta susulan kekecohan ketika upacara pengebumian… Read More

3 days ago

Tragis! Wanita Maut, Terjatuh Ketika Berswafoto Di Gunung Berapi

Gara-gara mahu berswafoto bersama suami di puncak gunung, seorang wanita yang berasal dari China dilaporkan… Read More

3 days ago

Pengurus Syarikat Agensi Pelancongan Didakwa Cuba Bunuh Isteri, Sebabkan Kecederaan Pengawal Peribadi

Lelaki yang melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)… Read More

4 days ago