Categories: Berita Lain

Berang Didenda RM70,000, Wanita Lepas Geram Tumbuk Dinding


AYER KEROH: Seorang wanita muda bertindak berang dengan
menumbuk dinding selepas Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini menjatuhkan hukuman
denda RM70,000 terhadapnya atas tuduhan menjalankan perusahaan pergigian tanpa
lesen di Bukit Katil, Januari lalu.
Hakim Norma Ismail menjatuhkan hukuman itu terhadap Nur
Farahanis Ezatty Adli, 20, dari Alor Setar, Kedah selepas tertuduh membuat
pengakuan bersalah sejurus pertuduhan dibacakan terhadapnya.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa menyediakan klinik
pergigian swasta tanpa didaftarkan mengikut Seksyen 27 Akta Kemudahan dan
Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998 (Akta 586) di Bakti Homestay, Jalan
Bukit Katil, jam 10.15 malam, pada 25 Januari lalu.
Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu mengikut subseksyen
4(1) Akta 586 dan boleh dihukum mengikut subperenggan 5(1)(a)(i) akta sama yang
memperuntukkan denda tidak melebihi RM300,000 atau penjara maksimum enam tahun
atau kedua-duanya.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Kementerian Kesihatan,
Nurul Khairiyah Samsudin memohon mahkamah mengenakan hukuman setimpal ke atas
tertuduh dengan mengambil kira keselamatan dan kesihatan pesakit kerana proses
menjalankan pendakap gigi hanya boleh dilakukan doktor bertauliah, selain kes
itu bukan yang pertama di Melaka dan Malaysia.
Nur Farahanis yang juga graduan sebuah kolej vokasional
diwakili peguam bela Janariah Mustafa merayu hukuman diringankan dengan alasan
ia kesalahan pertama tertuduh, menjimatkan masa mahkamah, selain insaf dan
tidak akan mengulangi kesalahan berkenaan.
Selepas mendengar hujah dan rayuan kedua-dua pihak, Norma
kemudian menjatuhkan hukuman denda RM70,000 terhadap tertuduh, jika gagal bayar
dipenjara enam bula
— Berita Harian

Advertisement
Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Bintang TikTok terkenal Iraq, Umm Fahad mati ditembak depan rumah

BAGHDAD - Pihak berkuasa Iraq sedang menyiasat pembunuhan seorang bintang TikTok ternama negara itu yang… Read More

18 hours ago

Ditutup sementara, KFC dibuka semula tanpa logo Kolonel Sanders

ALGIERS – Restoran Kentucky Fried Chicken (KFC) yang pertama di Algeria beroperasi semula selepas ditutup… Read More

2 days ago

Wanita tiba-tiba ketawa & menjerit, dipercayai dirasuk ketika majlis perkahwinannya

JAKARTA – Seorang pengantin perempuan berkelakuan aneh secara tiba-tiba dengan menjerit sambil ketawa pada majlis… Read More

3 days ago

Pemilik kereta tertekan hon kerana panik – polis

GEORGE TOWN: Polis mengesahkan menerima laporan daripada seorang pemandu kereta susulan kekecohan ketika upacara pengebumian… Read More

3 days ago

Tragis! Wanita Maut, Terjatuh Ketika Berswafoto Di Gunung Berapi

Gara-gara mahu berswafoto bersama suami di puncak gunung, seorang wanita yang berasal dari China dilaporkan… Read More

4 days ago

Pengurus Syarikat Agensi Pelancongan Didakwa Cuba Bunuh Isteri, Sebabkan Kecederaan Pengawal Peribadi

Lelaki yang melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)… Read More

4 days ago