Categories: Berita Lain

Pengawal Keselamatan Bertindak Lapor SPRM Selepas Tidak Dibayar Gaji


KOTA BHARU: Kira-kira 20 pengawal keselamatan melakukan
bantahan aman di sini bagi menuntut tunggakan gaji yang tidak dibayar
sepenuhnya sejak dua bulan lalu oleh majikan mereka.
Malah dakwa mereka, seramai 48 pengawal keselamatan
berhadapan perkara sama akibat tunggakan bayaran gaji sejak setahun lalu.
Wakil mereka, Roslan Kamarulzaman, 48, berkata, masalah itu
bermula sejak tender yang dimiliki sebuah syarikat bertukar ke syarikat yang
lain, September tahun lalu.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Mula-mula gaji kami dibayar dengan baik, namun lama
kelamaan kami dibayar secara ansuran, ada RM400, ada RM500 bermula awal tahun
ini.
“Hinggalah masalah dihadapi ini berlarutan sehingga kemuncak
terjadi apabila gaji mereka tidak langsung dilunaskan pada dua bulan ini,”
katanya.
Menurutnya, setiap kali hal ini diajukan, majikan memberi
alasan Pejabat Pendidikan Daerah belum serahkan wang gaji.
“Setiap bulan kami buat laporan polis dan juga adu ke
Pejabat Buruh.
“Hari ini kami datang ke Suruhanjaya Pencegahan Rasuah
Malaysia (SPRM) untuk beri maklumat kepada mereka supaya menyiasat dan membela
kes kami,” katanya bersama 20 pengawal keselamatan yang berkumpul di hadapan
Pejabat SPRM Kelantan, semalam.
Kesemua mereka adalah pengawal keselamatan yang ditugaskan
di 12 sekolah di daerah ini.
Roslan berkata, mereka sepatutnya dibayar RM1,800 sebulan
menyebabkan syarikat itu tidak menjelaskan sejumlah RM88,200 dua bulan gaji
bagi kesemua mereka dan mengharapkan ada pihak yang akan membantu dan membela
nasib mereka.
“Dah bermacam ikhtiar kami lakukan, mengadu sana sini. Pihak
SPRM juga menasihatkan kami merujuk ke Pejabat Buruh dan kami sememangnya sudah
pun membuat laporan kepada mereka hampir setiap bulan.
“Dalam keadaan tidak bergaji, kami masih lagi pergi kerja
kerana tanggungjawab terhadap murid dan pelajar, kami tidak boleh berhenti
begitu sahaja,” katanya.
Sementara itu, seorang daripada mereka, Abd Razak Abd Rahim,
44, berkata, dia mempunyai tanggungan isteri dan tiga anak berusia 10; 13 dan
18 tahun yang masih bersekolah dan memerlukan perbelanjaan yang banyak.
“Saya sewa rumah RM600 sebulan dan bayaran itu tertunggak
kerana tidak ada gaji dua bulan ini. Hendak cari kerja lain pun susah nak dapat
sekarang,” katanya.
Dalam pada itu, usaha Sinar Harian untuk mendapatkan komen
pegawai operasi syarikat itu gagal apabila panggilan tidak dijawab.
Difahamkan pejabat syarikat tersebut beroperasi di Kuala
Lumpur.

— Sinar Harian

Advertisement
Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Bintang TikTok terkenal Iraq, Umm Fahad mati ditembak depan rumah

BAGHDAD - Pihak berkuasa Iraq sedang menyiasat pembunuhan seorang bintang TikTok ternama negara itu yang… Read More

2 days ago

Ditutup sementara, KFC dibuka semula tanpa logo Kolonel Sanders

ALGIERS – Restoran Kentucky Fried Chicken (KFC) yang pertama di Algeria beroperasi semula selepas ditutup… Read More

3 days ago

Wanita tiba-tiba ketawa & menjerit, dipercayai dirasuk ketika majlis perkahwinannya

JAKARTA – Seorang pengantin perempuan berkelakuan aneh secara tiba-tiba dengan menjerit sambil ketawa pada majlis… Read More

4 days ago

Pemilik kereta tertekan hon kerana panik – polis

GEORGE TOWN: Polis mengesahkan menerima laporan daripada seorang pemandu kereta susulan kekecohan ketika upacara pengebumian… Read More

4 days ago

Tragis! Wanita Maut, Terjatuh Ketika Berswafoto Di Gunung Berapi

Gara-gara mahu berswafoto bersama suami di puncak gunung, seorang wanita yang berasal dari China dilaporkan… Read More

5 days ago

Pengurus Syarikat Agensi Pelancongan Didakwa Cuba Bunuh Isteri, Sebabkan Kecederaan Pengawal Peribadi

Lelaki yang melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)… Read More

5 days ago