Categories: Berita Lain

‘Kami Reda Dengan Keputusan Syed Saddiq’ – Keluarga


JOHOR BAHRU – Setiap ibu bapa pasti menginginkan kejayaan
anak mereka dalam pelajaran apatah lagi berpeluang menyambung pengajian dan
menerima biasiswa dari universiti terkemuka seperti Universiti Oxford, United
Kingdom.
Namun, pasangan suami isteri, Syed Abdul Rahman Abdullah
Al-Sagoff, 63, dan Sharifah Mahani Syed Abdul Aziz, 57, reda serta akur atas
keputusan anak mereka, Syed Saddiq untuk menangguhkan pengajian dalam Ijazah
Dasar Awam di universiti itu bagi menumpukan perhatian terhadap perjuangan
politiknya.
Sharifah Mahani berkata, mereka percaya keputusan itu juga
amat sukar bagi Syed Saddiq kerana bidang pengajian itu merupakan cita-citanya,
malah peluang menerima tajaan kira-kira RM400,000 dari universiti berprestij
itu seperti penghormatan bagi anaknya itu.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Sebagai ibu sudah tentu saya mahu dia melanjutkan
pengajiannya. Dia juga memang minat dalam bidang ijazah yang disambung dan kami
bersyukur dia mendapat peluang ini.
“Tetapi dia juga sudah terangkan kepada kami tentang
hasratnya menangguhkan pengajian untuk berjuang bersama anak-anak muda di sini,
jadi kita kena reda dengan keputusan dia.
“Sebagai ibu bapa, kami akan mendoakan terbaik untuknya
kerana kita tidak boleh paksa dia, kami juga memahami dia yang sentiasa
berusaha mendapatkan apa yang diinginkan,” ujarnya.
Katanya, sejak kecil, anak bongsu daripada empat beradik itu
mempunyai semangat patriotik yang tinggi, malah dia sentiasa mengikuti
perkembangan semasa dari dalam dan luar negara.
“Dia juga seorang yang sangat berdikari sejak kecil
sehinggakan kemasukan dia ke Maktab Tentera Diraja diuruskan sendiri olehnya
tanpa pengetahuan kami sehingga dia memberitahu kami dia diterima masuk.
“Bermula dari situlah sikap kepimpinannya mula menonjol
malah dia sangat berfikiran terbuka dan bergaul dengan rakan-rakan pelbagai
bangsa tanpa rasa prejudis,” katanya.
Sementara itu, Syed Abdul Rahman berkata, walaupun berasa
terkejut dengan keputusan itu, namun dia sentiasa menaruh kepercayaan dan
memberi sokongan terhadap Syed Saddiq serta berharap anaknya itu akan
menyambung semula pengajiannya pada masa akan datang.
“Sokongan dan kepercayaan keluarga amat penting, walau apa
pun yang dia lakukan saya sentiasa ingatkan dia agar menjaga solat dan
mendoakan yang terbaik untuknya setiap hari,” katanya.
Sebelum ini, Syed Saddiq yang merupakan Ketua Armada Bersatu
mengumumkan keputusannya menangguhkan pengajian bagi menumpukan perhatian
terhadap perjuangannya membela rakyat.

— Sinar Online

Advertisement
Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Bintang TikTok terkenal Iraq, Umm Fahad mati ditembak depan rumah

BAGHDAD - Pihak berkuasa Iraq sedang menyiasat pembunuhan seorang bintang TikTok ternama negara itu yang… Read More

2 days ago

Ditutup sementara, KFC dibuka semula tanpa logo Kolonel Sanders

ALGIERS – Restoran Kentucky Fried Chicken (KFC) yang pertama di Algeria beroperasi semula selepas ditutup… Read More

3 days ago

Wanita tiba-tiba ketawa & menjerit, dipercayai dirasuk ketika majlis perkahwinannya

JAKARTA – Seorang pengantin perempuan berkelakuan aneh secara tiba-tiba dengan menjerit sambil ketawa pada majlis… Read More

4 days ago

Pemilik kereta tertekan hon kerana panik – polis

GEORGE TOWN: Polis mengesahkan menerima laporan daripada seorang pemandu kereta susulan kekecohan ketika upacara pengebumian… Read More

4 days ago

Tragis! Wanita Maut, Terjatuh Ketika Berswafoto Di Gunung Berapi

Gara-gara mahu berswafoto bersama suami di puncak gunung, seorang wanita yang berasal dari China dilaporkan… Read More

5 days ago

Pengurus Syarikat Agensi Pelancongan Didakwa Cuba Bunuh Isteri, Sebabkan Kecederaan Pengawal Peribadi

Lelaki yang melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)… Read More

5 days ago