Categories: Berita Lain

Richard Riot Jelaskan Isu Pemberhentian 3,600 Kakitangan MAS


KUALA LUMPUR: Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Richard Riot
Jaem hari ini berkata kementerian itu tidak diperlukan oleh undang-undang untuk
menjelaskan kelewatan dalam membawa kes 3,600 kakitangan Malaysia Airlines yang
diberhentikan ke Mahkamah Perindustrian.
Bagaimanapun, beliau berkata kementerian berkenaan, menerusi
Jabatan Perhubungan Perindustrian, telah menghantar surat kepada pekerja yang
terbabit untuk menjelaskan tentang situasi itu.
Surat itu, katanya, sehingga kini telah dihantar kepada
kira-kira 1,500 daripada 3,600 kakitangan diberhentikan yang menganggotai
kesatuan sekerja MAS.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Itu bagi saya sudah memadai untuk menjawab … kami
tidak terikat kepada undang-undang untuk memberi penjelasan,” katanya
kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Gaji Yang Dikaitkan Dengan
Produktivi ASEAN di sini hari ini.
Riot turut menegaskan MAS tidak lagi wujud dan oleh kerana
syarikat itu telah dibubarkan, kementerian berkenaan tidak boleh memburunya.
Bulan lepas, Kesatuan Kebangsaan Atendan Penerbangan
Malaysia mempersoalkan kementerian itu yang mengambil masa dua tahun untuk
memutuskan supaya tidak merujuk kes 3,600 pekerja MAS yang diberhentikan ke
Mahkamah Perindustrian.
Ketika ditanya tentang perkara itu, ketua pengarah jabatan
berkenaan Khalid Jali berkata ini disebabkan moratorium berkaitan peralihan MAS
kepada Malaysia Airlines Berhad (MAB) yang sedang mengambil tempat. Ia tamat
pada 24 Mei 2017.
Mengenai persidangan itu, Riot berkata adalah penting bagi
syarikat dalam ASEAN, terutamanya Malaysia, untuk menerima pakai Sistem Gaji
Yang Dikaitkan Dengan Produktivit (PLWS) untuk meningkatkan pertumbuhan dan
produktiviti.
Beliau berkata lebih 81,000 syarikat di Malaysia sehingga
kini menerima pakai sistem itu yang melibatkan 3.7 juta pekerja.
Beliau berharap cadangan yang dibuat pada persidangan sehari
itu akan disalurkan kepada Mesyuarat Pegawai-Pegawai Kanan Buruh ASEAN yang
dijadual pada Mei 2018.
Bertemakan ‘Mempertingkatkan Struktur Gaji yang Menggalakkan
Pewujudan dan Perkongsian Kekayaan’, persidangan anjuran kementerian itu
disertai 250 pegawai kanan dari negara anggota ASEAN selain wakil dari Jepun,
China dan Korea Selatan.
— BERNAMA

Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Bintang TikTok terkenal Iraq, Umm Fahad mati ditembak depan rumah

BAGHDAD - Pihak berkuasa Iraq sedang menyiasat pembunuhan seorang bintang TikTok ternama negara itu yang… Read More

1 hour ago

Ditutup sementara, KFC dibuka semula tanpa logo Kolonel Sanders

ALGIERS – Restoran Kentucky Fried Chicken (KFC) yang pertama di Algeria beroperasi semula selepas ditutup… Read More

1 day ago

Wanita tiba-tiba ketawa & menjerit, dipercayai dirasuk ketika majlis perkahwinannya

JAKARTA – Seorang pengantin perempuan berkelakuan aneh secara tiba-tiba dengan menjerit sambil ketawa pada majlis… Read More

2 days ago

Pemilik kereta tertekan hon kerana panik – polis

GEORGE TOWN: Polis mengesahkan menerima laporan daripada seorang pemandu kereta susulan kekecohan ketika upacara pengebumian… Read More

3 days ago

Tragis! Wanita Maut, Terjatuh Ketika Berswafoto Di Gunung Berapi

Gara-gara mahu berswafoto bersama suami di puncak gunung, seorang wanita yang berasal dari China dilaporkan… Read More

3 days ago

Pengurus Syarikat Agensi Pelancongan Didakwa Cuba Bunuh Isteri, Sebabkan Kecederaan Pengawal Peribadi

Lelaki yang melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)… Read More

3 days ago