Categories: Berita Lain

Jangan Benarkan Warga Asing Buka Perniagaan


SHAH ALAM – Rakyat negara ini prihatin dan bimbang dengan kebanjiran warga asing dan pelarian di negara ini, terutamanya dari segi keselamatan.

Luahan itu disalurkan di laman web https://bajet2018.najibrazak.com supaya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dapat melakukan sesuatu mengenainya.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();


Satu cadangan oleh Su Teck yang mendapat paling banyak ‘like’ mencadangkan warga asing  tidak dibenarkan membuka perniagaan di negara ini.

“Kebelakangan ini, kedai runcit atau telefon milik warga asing banyak dibuka di kawasan yang menjadi tumpuan warga tersebut secara tidak langsung menggugat keselamatan penduduk sekitar.

“Selain itu, perniagaan warga ini juga berpotensi menjejaskan perniagaan warga tempatan serta barangan yang dijual mereka ini tidak dipastikan tahap keselamatannya serta terdapat keraguan permohonan lesen perniagaan mereka,” tulisnya.

Dalam pada itu, cadangan daripada S Muniandy pula meminta kerajaan melakukan kawalan standard terhadap kemasukan pekerja asing.

“Kerajaan dan Kementerian Dalam Negeri mengambil langkah kawalan kemasukan pekerja asing di mana menetapkan satu standard.

“Kerajaan perlu memastikan pengambilan warga asing dari sebuah negara perlu melalui tapisan keselamatan negara asal dan pemeriksaan yang ketat di Malaysia,” cadangnya.

Sementara itu, terdapat cadangan daripada Amar yang mahu kerajaan menghadkan pergerakan pelarian khususnya di Malaysia.

“Saya menggesa kerajaan agar mengetatkan polisi terhadap pergerakan pelarian di sini kerana khuatir mereka terlalu bebas melakukan apa yang diingini di Malaysia,” katanya.

Di samping itu, cadangan daripada Ho Ten Fook meminta supaya kenaikan gaji penjawat awam dikaji semula atas sebab keselamatan dan ketelusan.

“Perlu dikaji semula dengan kenaikan gaji setara negara berpendapatan tinggi dengan mutu dan kualiti perkhidmatan bagi mengelakkan kes rasuah berleluasa,” cadangnya.
Pembentangan Bajet 2018 dijadualkan pada 27 Oktober ini. – Sinar Online

Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Bintang TikTok terkenal Iraq, Umm Fahad mati ditembak depan rumah

BAGHDAD - Pihak berkuasa Iraq sedang menyiasat pembunuhan seorang bintang TikTok ternama negara itu yang… Read More

5 hours ago

Ditutup sementara, KFC dibuka semula tanpa logo Kolonel Sanders

ALGIERS – Restoran Kentucky Fried Chicken (KFC) yang pertama di Algeria beroperasi semula selepas ditutup… Read More

1 day ago

Wanita tiba-tiba ketawa & menjerit, dipercayai dirasuk ketika majlis perkahwinannya

JAKARTA – Seorang pengantin perempuan berkelakuan aneh secara tiba-tiba dengan menjerit sambil ketawa pada majlis… Read More

2 days ago

Pemilik kereta tertekan hon kerana panik – polis

GEORGE TOWN: Polis mengesahkan menerima laporan daripada seorang pemandu kereta susulan kekecohan ketika upacara pengebumian… Read More

3 days ago

Tragis! Wanita Maut, Terjatuh Ketika Berswafoto Di Gunung Berapi

Gara-gara mahu berswafoto bersama suami di puncak gunung, seorang wanita yang berasal dari China dilaporkan… Read More

3 days ago

Pengurus Syarikat Agensi Pelancongan Didakwa Cuba Bunuh Isteri, Sebabkan Kecederaan Pengawal Peribadi

Lelaki yang melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)… Read More

3 days ago