Categories: Berita Lain

[VIDEO] ‘Baru Acah Pun Dah Menggelupur’ – Yusuf Azmi



Pengarah Unit Tindakan Khas Persatuan Pengguna Islam
Malaysia (PPIM), Yusuf Azmi menggesa rakyat bangkit membela dan memperjuangkan
hak pengguna yang ditindas di Malaysia.

Yusuf berkata terlintas di fikiran untuk menubuhkan sebuah
parti yang memperjuangkan hak pengguna walaupun tidak berhasrat terlibat dalam
politik.
“Di Malaysia, pengguna harus dibela. Rakyat harus
dibela. Hari ini saya nak pengguna dan rakyat bangkit ramai-ramai dan kita
tidak boleh biarkan kita terus ditindas.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Saya hari ini macam nak umumkan tau…Ana rasa parti
yang ada kat Malaysia ini, kita pun kena ada parti. Parti Persatuan Pengguna
Islam Malaysia ataupun Parti Semboyan 1Malaysia. Pemimpin-pemimpin kita kali
ini kena ubahlah.
“Tapi nanti dulu. Belum lagi, kita fokus apa yang berlaku.
Saya tak nak terlibat dalam politik. Malam tadi solat hajat tiba-tiba rasa nak
bertandinglah. Dah rasa macam geram, tapi saya tak nak lah bertanding.
Acah-acah. Baru acah pun dah menggelupur,” katanya.
Beliau berkata demikian di perkarangan Kompleks Mahkamah
Kajang hari ini.
Terdahulu, Yusuf dan Ali mengaku tidak bersalah dan mohon
dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nor Afidah Idris.
Kedua-dua didakwa melakukan perbuatan itu di hadapan stor
Syarikat AGR Auto Trade Sdn Bhd, Lot 1926A, Sungai Sikamat, Jalan Cheras Batu
13, Kajang pada 3.30 petang, 10 Julai lalu.
Mereka didakwa mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan yang
membawa hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya jika
sabit kesalahan.
Bagi pertuduhan kedua, mereka didakwa dengan niat bersama
melakukan pencerobohan jenayah di tempat sama, antara 3.30 petang sehingga 7.30
malam pada hari yang sama.
Untuk perbuatan itu mereka didakwa mengikut Seksyen 447
Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum tiga bulan atau denda
maksimum RM3,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
Mereka dibebaskan masing-masing dengan jaminan RM5,000 dan
mahkamah menetapkan 24 November untuk sebutan semula.
Pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya Megat
Mahathir Tharih Afendi.


Kinitv

Advertisement
Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Bintang TikTok terkenal Iraq, Umm Fahad mati ditembak depan rumah

BAGHDAD - Pihak berkuasa Iraq sedang menyiasat pembunuhan seorang bintang TikTok ternama negara itu yang… Read More

1 day ago

Ditutup sementara, KFC dibuka semula tanpa logo Kolonel Sanders

ALGIERS – Restoran Kentucky Fried Chicken (KFC) yang pertama di Algeria beroperasi semula selepas ditutup… Read More

3 days ago

Wanita tiba-tiba ketawa & menjerit, dipercayai dirasuk ketika majlis perkahwinannya

JAKARTA – Seorang pengantin perempuan berkelakuan aneh secara tiba-tiba dengan menjerit sambil ketawa pada majlis… Read More

4 days ago

Pemilik kereta tertekan hon kerana panik – polis

GEORGE TOWN: Polis mengesahkan menerima laporan daripada seorang pemandu kereta susulan kekecohan ketika upacara pengebumian… Read More

4 days ago

Tragis! Wanita Maut, Terjatuh Ketika Berswafoto Di Gunung Berapi

Gara-gara mahu berswafoto bersama suami di puncak gunung, seorang wanita yang berasal dari China dilaporkan… Read More

4 days ago

Pengurus Syarikat Agensi Pelancongan Didakwa Cuba Bunuh Isteri, Sebabkan Kecederaan Pengawal Peribadi

Lelaki yang melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)… Read More

5 days ago