Categories: Berita Lain

Harta Benda Pengedar Dadah Bernilai RM4.937 Juta Disita


KUCHING – Bagi tempoh Januari hingga September lalu, pihak
berkuasa merampas harta benda bernilai RM4.937 juta daripada pengedar dadah di
seluruh Sarawak, demikian persidangan Dewan Undangan Negeri Sarawak diberitahu
hari ini.
Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga
dan Pembangunan Kanak-kanak Sarawak Datuk Seri Fatimah Abdullah (gambar)
berkata dalam tempoh itu juga enam sindiket pengedaran dadah utama ditumpaskan
di negeri itu.
Sepanjang tempoh itu, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik
negeri membuat 1,352 tangkapan selain mengesan 3,408 kes positif dadah melalui
ujian air kencing, katanya menjawab soalan Mohammad Razi Sitam (BN-Saribas)
pada hari kedua persidangan, di sini.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Katanya  sehingga 26
Okt lepas, sebanyak  89 program dan
aktiviti pendidikan pencegahan dadah dilaksanakan oleh agensi-agensi kerajaan
dengan usaha sama pelbagai pertubuhan bukan kerajaan yang membabitkan 9,556
peserta.
Sementara itu, Menteri Muda Bekalan Air Sarawak Datuk Liwan
Lagang semasa menjawab soalan Datuk Henry Jinep (BN-Tasik Biru) yang bertanya
status projek pembekalan air bernilai RM129 juta di kawasan Dewan Undangan
Negeri Tasik Biru dan Tanjung Datu, berkata peruntukan untuk pelaksanaannya
sudahpun diluluskan.
Beliau berkata projek yang dijanjikan oleh Perdana Menteri
Datuk Seri Najib Tun Razak semasa kempen pilihan raya kecil awal tahun ini
dilaksanakan di bawah Projek Bekalan Air Luar Bandar yang dibahagikan kepada
dua fasa.
Katanya Fasa pertama membabitkan pemasangan paip di kawasan
Lundu-Pandan kini di peringkat dokumentasi tender manakala fasa kedua yang
melibatkan kerja-kerja pemasangan paip ke sekitar kawasan pekan Biawak dan
Sematan hanya dapat diteruskan kemudian nanti, disebabkan pembinaan Lebuhraya
Pan-Borneo kini sedang berlangsung di kawasan itu.
– Bernama

Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Bintang TikTok terkenal Iraq, Umm Fahad mati ditembak depan rumah

BAGHDAD - Pihak berkuasa Iraq sedang menyiasat pembunuhan seorang bintang TikTok ternama negara itu yang… Read More

1 day ago

Ditutup sementara, KFC dibuka semula tanpa logo Kolonel Sanders

ALGIERS – Restoran Kentucky Fried Chicken (KFC) yang pertama di Algeria beroperasi semula selepas ditutup… Read More

2 days ago

Wanita tiba-tiba ketawa & menjerit, dipercayai dirasuk ketika majlis perkahwinannya

JAKARTA – Seorang pengantin perempuan berkelakuan aneh secara tiba-tiba dengan menjerit sambil ketawa pada majlis… Read More

3 days ago

Pemilik kereta tertekan hon kerana panik – polis

GEORGE TOWN: Polis mengesahkan menerima laporan daripada seorang pemandu kereta susulan kekecohan ketika upacara pengebumian… Read More

4 days ago

Tragis! Wanita Maut, Terjatuh Ketika Berswafoto Di Gunung Berapi

Gara-gara mahu berswafoto bersama suami di puncak gunung, seorang wanita yang berasal dari China dilaporkan… Read More

4 days ago

Pengurus Syarikat Agensi Pelancongan Didakwa Cuba Bunuh Isteri, Sebabkan Kecederaan Pengawal Peribadi

Lelaki yang melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)… Read More

4 days ago