Categories: Berita Lain

Guan Eng, Kit Siang Berjaya Pertahankan Kedudukan


SHAH ALAM – Keluarga Lim terus mengekalkan kedudukan
masing-masing dalam pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) yang
berlangsung kali ke-3,  hari ini.
Pada pemilihan kali ini, Lim Kit Siang mengekalkan jawatan
sebagai Ketua Parlimen DAP, begitu juga anaknya Lim Guan Eng yang
mempertahankan jawatannya sebagai Setiausaha Agung.
Kedua-dua mereka sebelum ini pernah dikritik banyak pihak
supaya melepaskan jawatan masing-masing kerana dianggap terlalu lama
mendominasi kepimpinan parti.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Kit Siang memegang jawatan di dalam parti semenjak 1966
sebagai Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP
manakala anaknya Guan Eng mula menjawat jawatan dalam parti sejak 1989
sebagai Ketua  Pemuda DAP.
Dalam pada itu Gobind Singh Deo yang memperolehi undi kedua
tertinggi iaitu 1,198 undi  dilantik
sebagai Timbalan Pengerusi DAP.
Sementara itu Zairil Khir Johari, satu-satu wakil tunggal
Melayu dalam CEC ini memegang jawatan Timbalan Setiausaha Publisiti.
Dalam pada itu, menerusi penyusunan semula CEC mengikut
jawatan, 10 daripadanya dipilih melalui lantikan antaranya wakil Melayu
ditambah dengan perlantikan Tengku Zulpuri Shah sebagai Naib Pengerusi.
Ketika sidang media pengumuman jawatankuasa tersebut, Guan
Eng berkata, pihaknya mengucapkan terima kasih kepada semua perwakilan yang
hadir bagi menjayakan pemilihan semula CEC pada kali ini.
Beliau berkata, dengan kejayaan pemilihan tersebut, pihaknya
berharap Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) tidak lagi menggangu perjalanan
parti tersebut.
“Kami berharap dengan pemilihan yang berjaya ini, DAP
dapat terus bekerja tanpa diganggu oleh ROS,” katanya.
Disamping itu, Guan Eng berkata,  jawatankuasa CEC yang baru dipilih memikul
satu tanggungjawab berat atas amanah yang diberikan oleh wakil parti bagi
membuat persiapan dalam menghadapi PRU14 nanti.
Menurut beliau, jawatankuasa CEC  bersama-sama dengan ahli parti akan membawa
wawasan dan harapan rakyat  selepas ini
bagi membentuk Malaysia baharu yang bebas rasuah, penyalahgunaan kuasa dan
Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).
“Selepas ini, kita boleh tumpukan untuk fokus dalam
menghadapi PRU14 nanti,” katanya.
Sementara itu, Timbalan Pengerusi DAP Kebangsaan baharu,
Gobind Singh Deo berkata, pemilihan beliau bagi jawatan tersebut merupakan satu
tugas berat khususnya dalam menghadapi PRU14.
Beliau berkata, pihaknya berharap pemilihan kali ini dapat
diterima oleh ROS tanpa sebarang alasan memandangkan DAP telah mengikut semua
syarat-syarat ditetapkan.
“Kami harap ROS menerima keputusan ini dan membenarkan
kami teruskan usaha dan kerja lain iaitu persiapan menghadapai PRU14 akan
datang,” katanya.

Senarai penuh Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP pasca
pemilihan semula di Kongres Khas DAP 2017.

– Sinar Online

Advertisement
Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Bintang TikTok terkenal Iraq, Umm Fahad mati ditembak depan rumah

BAGHDAD - Pihak berkuasa Iraq sedang menyiasat pembunuhan seorang bintang TikTok ternama negara itu yang… Read More

11 hours ago

Ditutup sementara, KFC dibuka semula tanpa logo Kolonel Sanders

ALGIERS – Restoran Kentucky Fried Chicken (KFC) yang pertama di Algeria beroperasi semula selepas ditutup… Read More

2 days ago

Wanita tiba-tiba ketawa & menjerit, dipercayai dirasuk ketika majlis perkahwinannya

JAKARTA – Seorang pengantin perempuan berkelakuan aneh secara tiba-tiba dengan menjerit sambil ketawa pada majlis… Read More

3 days ago

Pemilik kereta tertekan hon kerana panik – polis

GEORGE TOWN: Polis mengesahkan menerima laporan daripada seorang pemandu kereta susulan kekecohan ketika upacara pengebumian… Read More

3 days ago

Tragis! Wanita Maut, Terjatuh Ketika Berswafoto Di Gunung Berapi

Gara-gara mahu berswafoto bersama suami di puncak gunung, seorang wanita yang berasal dari China dilaporkan… Read More

3 days ago

Pengurus Syarikat Agensi Pelancongan Didakwa Cuba Bunuh Isteri, Sebabkan Kecederaan Pengawal Peribadi

Lelaki yang melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)… Read More

4 days ago