Categories: Berita Lain

‘Tak Pernah Beli, Tiba-Tiba Courier Paksa Bayar RM268’


“Saya tak pernah beli pun produk China di
Facebook,” demikian kata Akma Omar yang terkejut apabila dia dipaksa oleh
pihak kurier membuat bayaran sebanyak RM268 bagi produk yang tidak dibelinya
secara online.
Menurut Akma, dia tidak menolak kemungkinan data peribadinya
seperti nama, nombor telefon dan alamat rumah yang pernah digunakan untuk
membuat pendaftaran di web jualan secara talian telah dijual kepada pihak
ketiga dan disalahgunakan, lapor The Reporter.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Ini namanya Forced Seller cuba nasib dengan taktik
kotor terbaru. Mana entah mereka dapat details nama, alamat aku dan main hantar
saja courier. Lepas itu suruh aku bayar RM268 untuk dua Whitening Spot Removing
Cream, sedangkan aku tak pernah order online, bayar Cash on Delivery (COD).
“Pada awalnya budak courier itu kata, “Macam mana
pun, akak kena bayar juga kak.”, Naik anginlah aku. Keras aku jawab,
“Pasal apa pulak aku kena bayar sedangkan aku tak order? Produk dari mana
ni?”.

“Depan-depan dia aku snap gambar dan kata, “Kau
pulangkan balik. Scam ni. Ingat aku bodoh, suka-suka hantar barang dan suruh
orang bayar?!”
“Berhati-hatilah semua kalau terkena kejadian seperti
ini. Courier itu kata, kalau courier macam ini semua seller dari Facebook.
Sebab banyak dah dia hantar, penerima kata tak order tetapi buta-buta saja
bayar juga sebab barang atas nama kita.
“20 parcel dia rancom hantar tak mustahil 4-5 penerima
yang akan bayar saja. Untung, kan?

“Pandai diorang. Tak perasan ‘pre-sales’ yang
dinyatakan pada slip dalam tulisan kecil itu. Kalau orang tak tahu dan fokus
pada harga yang dicetak dengan font besar, memang bayar sajalah,” katanya.

Orang ramai dinasihatkan lebih berhati-hati dan tidak
menyalurkan maklumat peribadi kepada mana-mana laman web yang meragukan bagi
mengelakkan kerugian wang ratusan ringgit.

Advertisement
Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Bintang TikTok terkenal Iraq, Umm Fahad mati ditembak depan rumah

BAGHDAD - Pihak berkuasa Iraq sedang menyiasat pembunuhan seorang bintang TikTok ternama negara itu yang… Read More

1 day ago

Ditutup sementara, KFC dibuka semula tanpa logo Kolonel Sanders

ALGIERS – Restoran Kentucky Fried Chicken (KFC) yang pertama di Algeria beroperasi semula selepas ditutup… Read More

2 days ago

Wanita tiba-tiba ketawa & menjerit, dipercayai dirasuk ketika majlis perkahwinannya

JAKARTA – Seorang pengantin perempuan berkelakuan aneh secara tiba-tiba dengan menjerit sambil ketawa pada majlis… Read More

4 days ago

Pemilik kereta tertekan hon kerana panik – polis

GEORGE TOWN: Polis mengesahkan menerima laporan daripada seorang pemandu kereta susulan kekecohan ketika upacara pengebumian… Read More

4 days ago

Tragis! Wanita Maut, Terjatuh Ketika Berswafoto Di Gunung Berapi

Gara-gara mahu berswafoto bersama suami di puncak gunung, seorang wanita yang berasal dari China dilaporkan… Read More

4 days ago

Pengurus Syarikat Agensi Pelancongan Didakwa Cuba Bunuh Isteri, Sebabkan Kecederaan Pengawal Peribadi

Lelaki yang melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)… Read More

5 days ago