Categories: Berita Lain

[VIDEO] Ku Nan Minta Maaf



Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor hari ini memohon maaf atas kenyataannya mengenai penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM).

Kata Tengku Adnan beliau berniat baik ketika menyatakan mengenai institusi pengajian tinggi berkenaan namun kata-kata itu digunakan pihak tertentu untuk melaga-lagakan pihaknya dengan UiTM.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Saya tiada niat merendahkan mana-mana pihak. Jadi saya minta maaflah kalau saya mengguris hati siapa-siapa yang rasa terguris dalam apa yang saya sebutkan,” katanya di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini.

Sebelum itu Tengku Adnan mengadakan pertemuan dengan Persatuan Alumni UiTM Malaysia (PAUiTM).
Beliau yang juga Menteri Wilayah Persekutuan menjadi perhatian ramai apabila dianggap memperlekehkan penuntut UiTM semasa menyampaikan ucapan di PWTC pada 25 Nov lalu.
“Anda dapat masuk universiti, kalaum slow learner (boleh) masuk ITM (nama lama untuk UiTM).
“Kadang kala kalau tak dapat markah (secukupnya), markah akan diturunkan agar anda boleh masuk universiti,” katanya kepada sekumpulan pelajar semasa menegaskan mengenai sumbangan Umno kepada golongan muda Melayu di negara ini.
Semasa sidang media itu juga Tengku Adnan secara berseloroh mengakui beliau bermulut celupar dan perlu lebih berhati-hati pada masa depan.
Katanya apa yang ingin ditekankan semasa ucapan Sabtu lalu ialah memberi kesedaran kepada rakyat Malaysia mengenai jasa ditaburkan kerajaan BN sejak 60 tahun lalu.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

“Jad saya harap sudah-sudahlah, tak usah bising lagi,” katanya.
Beliau juga mendakwa menjadi antara individu yang mendapat manfaat daripada ITM.
“Niat saya hanya nak ingatkan kepada anak-anak saya (generasi muda) supaya mereka sedar betapa pentingnya kita kena ada satu kerajaan yang stabil dan satu negara yang bersatu padu,” katanya.


– Malaysiakini


Advertisement

Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Bintang TikTok terkenal Iraq, Umm Fahad mati ditembak depan rumah

BAGHDAD - Pihak berkuasa Iraq sedang menyiasat pembunuhan seorang bintang TikTok ternama negara itu yang… Read More

20 hours ago

Ditutup sementara, KFC dibuka semula tanpa logo Kolonel Sanders

ALGIERS – Restoran Kentucky Fried Chicken (KFC) yang pertama di Algeria beroperasi semula selepas ditutup… Read More

2 days ago

Wanita tiba-tiba ketawa & menjerit, dipercayai dirasuk ketika majlis perkahwinannya

JAKARTA – Seorang pengantin perempuan berkelakuan aneh secara tiba-tiba dengan menjerit sambil ketawa pada majlis… Read More

3 days ago

Pemilik kereta tertekan hon kerana panik – polis

GEORGE TOWN: Polis mengesahkan menerima laporan daripada seorang pemandu kereta susulan kekecohan ketika upacara pengebumian… Read More

3 days ago

Tragis! Wanita Maut, Terjatuh Ketika Berswafoto Di Gunung Berapi

Gara-gara mahu berswafoto bersama suami di puncak gunung, seorang wanita yang berasal dari China dilaporkan… Read More

4 days ago

Pengurus Syarikat Agensi Pelancongan Didakwa Cuba Bunuh Isteri, Sebabkan Kecederaan Pengawal Peribadi

Lelaki yang melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)… Read More

4 days ago