Categories: Berita Lain

Rintihan Doa Tun Mahathir Untuk Baitulmaqdis


Pengerusi Pakatan Harapan Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini
berkata isu Palestin bukanlah isu Islam sahaja tapi juga isu kemanusiaan.
Mahathir berkata demikian sebagai reaksi terhadap Presiden
AS Donald Trump yang mengiktiraf pemindahan ibu kota Israel dari Tel Aviv ke
Baitulmaqdis.
“Ya Allah ya tuhan kami, dengarlah rintihan kami. Satukanlah
hati kami. Selamatkanlah bumi Palestin dari tangan-tangan yang merosakkannya.
“Ini bukan sahaja isu islam tetapi isu kemanusiaan. An
attack against Palestine is an attack against all of humanity. Kepada-Mu kami
berserah,” katanya melalui kenyataan di laman sosial Facebook.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Sementara itu, dalam satu klip video yang disiarkan semalam
di Facebooknya, Mahathir berkata tindakan Trump akan membakar hati ramai orang
Islam dan akan menyebabkan lebih banyak keganasan terjadi di seluruh dunia.
“Tindakan ini akan membakar hati ramai orang Islam, dan saya
percaya hasilnya lebih banyak keganasan berlaku di seluruh dunia,” katanya.
Bekas pengerusi Persidangan Pertubuhan Islam (OIC) itu
menegaskan, keganasan akan berlaku lantaran rasa kecewa dan tiada jalan lain
bagi menentang AS memandangkan negara Islam lemah dan tidak bersatu padu.
“Pengganas tiada cara lain, melainkan melakukan keganasan
kerana mereka tiada tentera tersusun, tiada tentera laut dan udara.
“Ini adalah orang yang kecewa dan marah kerana tiada peluang
lain untuk menentang AS kerana (mereka) terlalu kuat melainkan dengan cara
ganas ini.
“Kita tidak sokong cara ganas dan tetapi kita tidak boleh
buat apa-apa kerana dunia Islam lemah,” katanya.

Menurut Mahathir, Israel tidak berhak berbuat demikian dan
tindakan mengiktiraf Jerusalem yang terletak di Baitulmaqdis sebagai ibu kota
baru Israel akan menjejaskan usaha damai Israel dan Palestin.
Bekas perdana menteri itu juga berkata, Trump tidak dapat
menangani Korea Utara dan menekan orang Islam di Timur Tengah lebih mudah bagi
presiden AS itu.
“Tidak seharusnya sesiapa cuba mengambil alih negara mereka.
Israel sudah tentu tiada hak berbuat demikian dan saya yakin, Israel akan
bertindak seolah-olah Baitulmaqdis itu ibu kota mereka, bukannya Tel Aviv lagi.
“Inilah (dia) Trump, tidak dapat menangani Korea Utara
tetapi melakukan yang lebih mudah adalah dengan menekan orang Islam di Timur
Tengah,” katanya.
Tindakan keji
Di laman Twitter pula, Mahathir menandai (tag) akaun
presiden AS itu bagi mengecam tindakannya yang disifatkan sebagai melanggar
undang-undang antarabangsa.
Mahathir juga menegaskan bahawa Malaysia seharusnya memimpin
negara-negara Islam dalam mengecap tindakan pentadbiran Trump itu.
“Malaysia patut memimpin negara-negara Islam dalam
mengecam tindakan Amerika yang mengiktiraf Jerusalem sebagai ibu kota Israel.
“This is against the international law. Tidak pernah
lagi mana-mana presiden Amerika bertindak sekeji ini,” katanya.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Pengiktirafan Trump terhadap Jerusalem sebagai ibu kota baru
Israel dengan pemindahan kedutaan AS di Israel dari Tel Aviv ke Baitulmaqdis
mendapat kecaman pemimpin dunia.
Perdana Menteri British Theresa May menegaskan tidak akan
berganjak dari keputusan menolak pengiktirafan itu dan berhasrat mengadakan
perbincangan dengan Trump.

Ketua Gereja Roman Katolik Pope Francis pula menggesa agar
identiti dan ‘status quo’ tanah suci bagi tiga agama itu – Islam, Kristian, dan
Yahudi -dihormati bagi memastikan keamanan dunia.
Presiden Perancis Emanuel Macron menyatakan kebimbangan
berkenaan perkembangan itu dan menyatakan ia melibatkan keselamatan masyarakat
dunia.
Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)
António Guterres menekankan bahawa tiada alternatif lain dalam menangani isu
konflik Israel-Palestin selain penyelesaian dua-negara (two state solution).

Sumber: Malaysiakini

Advertisement
Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Bintang TikTok terkenal Iraq, Umm Fahad mati ditembak depan rumah

BAGHDAD - Pihak berkuasa Iraq sedang menyiasat pembunuhan seorang bintang TikTok ternama negara itu yang… Read More

1 day ago

Ditutup sementara, KFC dibuka semula tanpa logo Kolonel Sanders

ALGIERS – Restoran Kentucky Fried Chicken (KFC) yang pertama di Algeria beroperasi semula selepas ditutup… Read More

2 days ago

Wanita tiba-tiba ketawa & menjerit, dipercayai dirasuk ketika majlis perkahwinannya

JAKARTA – Seorang pengantin perempuan berkelakuan aneh secara tiba-tiba dengan menjerit sambil ketawa pada majlis… Read More

3 days ago

Pemilik kereta tertekan hon kerana panik – polis

GEORGE TOWN: Polis mengesahkan menerima laporan daripada seorang pemandu kereta susulan kekecohan ketika upacara pengebumian… Read More

4 days ago

Tragis! Wanita Maut, Terjatuh Ketika Berswafoto Di Gunung Berapi

Gara-gara mahu berswafoto bersama suami di puncak gunung, seorang wanita yang berasal dari China dilaporkan… Read More

4 days ago

Pengurus Syarikat Agensi Pelancongan Didakwa Cuba Bunuh Isteri, Sebabkan Kecederaan Pengawal Peribadi

Lelaki yang melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)… Read More

4 days ago