Categories: Berita Lain

Cedera Kerusi Ikea Patah, Guru Dapat Pampasan RM650,000


PERTH – Seorang guru yang cedera serius selepas kerusi Ikea
yang didudukinya patah menerima pampasan hampir A$220,000 (RM650,000).
Difahamkan, Jane Pisan, guru di sebuah sekolah di Australia
Barat sebelum kejadian itu sedang mengiringi pelajar Northam Middle High School
ke pusat rekreasi bandar itu pada Jun 2013.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Jane Pisan duduk di sebuah kerusi model Ikea, ‘Martin’, yang
berharga A$35 (RM104) tiba-tiba patah lalu menyebabkan beliau terjatuh sehingga
menyebabkan lututnya mengalami kecederaan teruk.
Mahkamah Australia Barat mendapati, kerusi keluaran Ikea
itu, satu daripada 270 unit yang dibeli oleh pusat rekreasi tersebut, tidak
direka dengan baik untuk lantai yang digilap.
Hakim Philip McCann berhujah, kemalangan itu sepatutnya
boleh dielakkan kerana kerusi itu adalah unit ke 12 yang patah di situ sejak
dibeli pada tahun 2011.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement
Susulan itu, hakim mengarahkan pihak berkuasa Northam
membayar ganti rugi kepada Jane Pisan melalui menteri pendidikan sebanyak
A$218,213.74 (RM648,386.57). – PIXEL MEDIA

Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Bintang TikTok terkenal Iraq, Umm Fahad mati ditembak depan rumah

BAGHDAD - Pihak berkuasa Iraq sedang menyiasat pembunuhan seorang bintang TikTok ternama negara itu yang… Read More

21 hours ago

Ditutup sementara, KFC dibuka semula tanpa logo Kolonel Sanders

ALGIERS – Restoran Kentucky Fried Chicken (KFC) yang pertama di Algeria beroperasi semula selepas ditutup… Read More

2 days ago

Wanita tiba-tiba ketawa & menjerit, dipercayai dirasuk ketika majlis perkahwinannya

JAKARTA – Seorang pengantin perempuan berkelakuan aneh secara tiba-tiba dengan menjerit sambil ketawa pada majlis… Read More

3 days ago

Pemilik kereta tertekan hon kerana panik – polis

GEORGE TOWN: Polis mengesahkan menerima laporan daripada seorang pemandu kereta susulan kekecohan ketika upacara pengebumian… Read More

3 days ago

Tragis! Wanita Maut, Terjatuh Ketika Berswafoto Di Gunung Berapi

Gara-gara mahu berswafoto bersama suami di puncak gunung, seorang wanita yang berasal dari China dilaporkan… Read More

4 days ago

Pengurus Syarikat Agensi Pelancongan Didakwa Cuba Bunuh Isteri, Sebabkan Kecederaan Pengawal Peribadi

Lelaki yang melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)… Read More

4 days ago