Categories: Berita Lain

SPRM Komited Akan Terus Siasat, Dakwa Satu Kes Tiap Minggu



PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)
akan memastikan pendekatan untuk mendakwa satu kes rasuah setiap minggu akan
diteruskan tahun depan.


Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Dzulkifli Ahmad berkata,
pendekatan itu akan diteruskan bagi memberi keyakinan kepada masyarakat akan
kesungguhan mereka dalam mendepani gejala rasuah.

“Pada tahun ini pun kita berjanji untuk sekurang-kurangnya
membawa satu kes rasuah ke muka pengadilan setiap minggu.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();


“SPRM komited dan mahu meneruskan azam itu pada tahun
hadapan bagi memastikan negara ini bebas dari rasuah dan salah guna
kuasa,” ujar Dzulkfli.

Beliau berkata demikian sewaktu Malam Apresiasi Media di Ibu
Pejabat SPRM, Putrajaya, pada Khamis.

Dalam pada itu, Dzulkifli mendedahkan kempen Gerakan
Revolusi Antirasuah (Gerah) yang dilancarkan pada Ogos lalu kini mempunyai
lebih 140,000 keahlian di seluruh negara.

“Ini jelas menunjukkan sokongan padu masyarakat
terhadap SPRM. Dalam empat bulan sahaja sudah ramai yang mendaftar.

“Kejayaan ini juga seolah-olah menunjukkan masyarakat
percaya dan mahu sama-sama membanteras rasuah bersama kami,” katanya.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement
Sementara itu, Dzulkifli turut menzahirkan penghargaan
beliau kepada Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Media Star, Datuk Seri Wong Chun
Wai atas ideanya untuk kempen 3J (Jangan hulur, Jangan kawtim, Jangan settle).

Menurutnya, idea berkenaan diceruskan Chun Wai sewaktu
lawatannya ke Kumpulan Media Star.

“Peranan media sangat penting untuk SPRM. Tanpa
idea-idea dan sokongan media, aspirasi kami tidak akan sampai kepada
masyarakat.


“Jadi, saya mengambil peluang ini untuk mengucapkan
terima kasih kepada semua pengamal media yang banyak membantu SPRM selama
ini,” ujarnya.



Sumber: mStar

Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Bintang TikTok terkenal Iraq, Umm Fahad mati ditembak depan rumah

BAGHDAD - Pihak berkuasa Iraq sedang menyiasat pembunuhan seorang bintang TikTok ternama negara itu yang… Read More

15 hours ago

Ditutup sementara, KFC dibuka semula tanpa logo Kolonel Sanders

ALGIERS – Restoran Kentucky Fried Chicken (KFC) yang pertama di Algeria beroperasi semula selepas ditutup… Read More

2 days ago

Wanita tiba-tiba ketawa & menjerit, dipercayai dirasuk ketika majlis perkahwinannya

JAKARTA – Seorang pengantin perempuan berkelakuan aneh secara tiba-tiba dengan menjerit sambil ketawa pada majlis… Read More

3 days ago

Pemilik kereta tertekan hon kerana panik – polis

GEORGE TOWN: Polis mengesahkan menerima laporan daripada seorang pemandu kereta susulan kekecohan ketika upacara pengebumian… Read More

3 days ago

Tragis! Wanita Maut, Terjatuh Ketika Berswafoto Di Gunung Berapi

Gara-gara mahu berswafoto bersama suami di puncak gunung, seorang wanita yang berasal dari China dilaporkan… Read More

4 days ago

Pengurus Syarikat Agensi Pelancongan Didakwa Cuba Bunuh Isteri, Sebabkan Kecederaan Pengawal Peribadi

Lelaki yang melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)… Read More

4 days ago