Categories: Berita Lain

Jangan Rasa Pelik Jika Kerusi Kurang, Tetapi PM Adalah PAS


KOTA BHARU – Disebalik tanggapan mengatakan Pas bakal
kehilangan banyak kerusi dalam PRU 14 nanti, pimpinannya menyuarakan keyakinan
keajaiban politik boleh berlaku.
Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata,
pada zahirnya pendekatan yang dibawa Pas mengundur bagi mata pandangan orang
ramai, tetapi beliau yakin agenda Islam yang dibawa mampu memenangkan parti
ini.
Malah, beliau
menjelaskan, sekiranya dikehendaki ALLAH SWT, pimpinan  Pas mampu diangkat sebagai Perdana Menteri
dengan kaedah yang tidak dijangka oleh fikiran manusia.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Mengambil contoh situasi politik di Kelantan, Timbalan
Menteri Besar itu berkata, Pas berjaya mengalahkan Umno dengan jumlah 30-0 pada
1990, walaupun hanya mampu mendapat dua kerusi pada 1978.
“Pada tahun 1978 orang yang menjatuhkan Pas adalah
Tengku Razaleigh Hamzah, tetapi beliau juga yang menjatuhkan Umno pada 1990,
siapa boleh fikir, banyak benda pelik berlaku dalam Pas dan diluar pemikiran
manusia”
“Sama juga di Johor, pada 2004, Pas mendapat satu
kerusi di negeri itu apabila wakil Umno salah isi borang, tiada siapa yang
mejangka, tetapi sekiranya ALLAH SWT mahu ia berlaku,
“Pilihan raya akan datang, Pas mungkin tak (menang)
banyak, tetapi tidak mustahil kalau Perdana Menteri adalah Pas, jangan rasa
pelik, yang penting ahli kena yakin kepada pimpinan parti,” katanya dalam
ceramahnya di Pengkalan Kubor malam kelmarin.
Beliau berkata, apa yang penting, ahli Pas perlu istiqamah
dalam perjuangan dan tidak sesekali terpengaruh dengan hasutan yang mahu
merosakkan parti itu, termasuk dari bekas serpihannya, Amanah.
“Yang penting dalam perjuangan jangan berhenti, jangan
rasa lelah dan kecewa, boleh jadi hari ini tidak menang, tetapi lusa menang,
tak menang lagi mungkin  zaman anak cucu,
tetapi keyakinan Islam itu akan menangkan parti,” katanya.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Beliau dalam masa yang sama berkata, ketika ini  hanya Pas berada dalam keadaan ‘sihat’
setelah  Pakatan Harapan dan BN mempunyai
masalah dalaman sendiri.
Beliau berkata, Pakatan Harapan dibelenggu dengan masalah
kepimpinan, termasuk isu Tun Dr Mahathir Mohammed yang jelas mempunyai rekod
yang tidak baik dalam kepimpinan negara.
Bagi BN pula dakwanya, masalah dalaman parti itu meruncing
dan menunggu masa untuk meletup sehingga Perdana Menteri terpaksa menangguhkan
pengumuman pilihan raya umum.

Advertisement
“Hanya Pas sahaja berada dalam keadaan terbaik setelah
ahli yang bermasalah telah dibersihkan, dengan cara itu kita sudah kembali
sihat, “katanya.

Sumber: Sinar Online

Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Bintang TikTok terkenal Iraq, Umm Fahad mati ditembak depan rumah

BAGHDAD - Pihak berkuasa Iraq sedang menyiasat pembunuhan seorang bintang TikTok ternama negara itu yang… Read More

1 day ago

Ditutup sementara, KFC dibuka semula tanpa logo Kolonel Sanders

ALGIERS – Restoran Kentucky Fried Chicken (KFC) yang pertama di Algeria beroperasi semula selepas ditutup… Read More

3 days ago

Wanita tiba-tiba ketawa & menjerit, dipercayai dirasuk ketika majlis perkahwinannya

JAKARTA – Seorang pengantin perempuan berkelakuan aneh secara tiba-tiba dengan menjerit sambil ketawa pada majlis… Read More

4 days ago

Pemilik kereta tertekan hon kerana panik – polis

GEORGE TOWN: Polis mengesahkan menerima laporan daripada seorang pemandu kereta susulan kekecohan ketika upacara pengebumian… Read More

4 days ago

Tragis! Wanita Maut, Terjatuh Ketika Berswafoto Di Gunung Berapi

Gara-gara mahu berswafoto bersama suami di puncak gunung, seorang wanita yang berasal dari China dilaporkan… Read More

4 days ago

Pengurus Syarikat Agensi Pelancongan Didakwa Cuba Bunuh Isteri, Sebabkan Kecederaan Pengawal Peribadi

Lelaki yang melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)… Read More

5 days ago