Categories: Berita Lain

Mayat Remaja Yang Hilang Dibaham Buaya Ketika Memancing Akhirnya Ditemui Dengan Tidak Cukup Sifat


5 Jan – Mayat seorang remaja yang dibaham buaya ketika
sedang memancing bersama rakannya di Sungai Dit, kampung Melayu Dit, Betong
Rabu lalu ditemui hari ini.
Abang Mohamad Haikal Abang Suip, 13, ditemui pada 10.45 pagi
oleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR) kira-kira 1.5 kilometer dari lokasi
dia dilaporkan dibaham buaya.
Menurut laporan, hanya badan mangsa tanpa kepala, kaki dan
tangan ditemui terapung berhampiran Kampung Buda.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();


Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat
Sarawak, Tiong Ling Hii berkata, mayat mangsa dibawa ke pusat operasi sementara
SAR sebelum diserahkan kepada polis dan dibantu penduduk kampung
“Mayat mangsa ditemui pasukan SAR berhampiran Kampung
Buda dan dibawa ke pusat operasi sementara sebelum diserahkan kepada polis
untuk tindakan selanjutnya dan operasi ditamatkan hari ini susulan penemuan
mangsa,” katanya.

Kejadian yang berlaku pada pukul 5.30 petang rabu lalu itu,
mangsa bersama rakannya memancing di tebing sungai berkenaan sebelum seekor
buaya telah menyambar kaki kiri mangsa dan menariknya ke tengah sungai.
Rakan mangsa yang tergamam dengan kejadian itu, bergegas
memaklumkan kepada keluarga sebelum polis dan bomba datang untuk menjalankan
operasi SAR pada keesokan harinya.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});



Sumber: Harian Metro

Advertisement
Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Bintang TikTok terkenal Iraq, Umm Fahad mati ditembak depan rumah

BAGHDAD - Pihak berkuasa Iraq sedang menyiasat pembunuhan seorang bintang TikTok ternama negara itu yang… Read More

2 days ago

Ditutup sementara, KFC dibuka semula tanpa logo Kolonel Sanders

ALGIERS – Restoran Kentucky Fried Chicken (KFC) yang pertama di Algeria beroperasi semula selepas ditutup… Read More

3 days ago

Wanita tiba-tiba ketawa & menjerit, dipercayai dirasuk ketika majlis perkahwinannya

JAKARTA – Seorang pengantin perempuan berkelakuan aneh secara tiba-tiba dengan menjerit sambil ketawa pada majlis… Read More

4 days ago

Pemilik kereta tertekan hon kerana panik – polis

GEORGE TOWN: Polis mengesahkan menerima laporan daripada seorang pemandu kereta susulan kekecohan ketika upacara pengebumian… Read More

4 days ago

Tragis! Wanita Maut, Terjatuh Ketika Berswafoto Di Gunung Berapi

Gara-gara mahu berswafoto bersama suami di puncak gunung, seorang wanita yang berasal dari China dilaporkan… Read More

5 days ago

Pengurus Syarikat Agensi Pelancongan Didakwa Cuba Bunuh Isteri, Sebabkan Kecederaan Pengawal Peribadi

Lelaki yang melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)… Read More

5 days ago