Categories: Berita Lain

Azmin Berkebolehan Jadi PM tapi Tidak Dipilih, Kata Dr M


Pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) Tun Dr Mahathir Mohamad
berkata Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkebolehan menjadi perdana menteri tapi
tidak dipilih.
“Sudah tentu dia (Azmin) berkebolehan, tapi dia tidak
dipilih.
“Berkebolehan saja tidak cukup tapi anda juga perlu dipilih.
“Saya tidak pasti jika saya berkebolehan tapi mereka pilih
saya,” kata Dr Mahathir kepada wartawan selepas menghadiri forum Bicara Wawasan
2020 di Cyberjaya hari ini.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Dr Mahathir berkata demikian apabila ditanya alasan beliau
dipilih sebagai calon perdana menteri HARAPAN dan bukannya Azmin, lapor Malaysiakini.
HARAPAN pada 7 Jan lalu mengumumkan Dr Mahathir sebagai
calon perdana menteri, sementara Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan
Ismail sebagai calon timbalan perdana menteri.
Pengumuman itu dibuat selepas beberapa bulan spekulasi
berkenaan calon perdana menteri pakatan itu yang sebelumnya dikaitkan dengan
Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Anwar bagaimanapun kini masih menjalani hukuman penjara dan
dijangka dibebaskan 8 Jun depan.
Sementara itu, nama anggota parlimen Gombak yang juga
merupakan timbalan presiden PKR itu turut disebut-sebut sebagai calon perdana
menteri.
Selepas pengumuman Dr Mahathir sebagai calon perdana menteri
HARAPAN, media antarabangsa sekali lagi membandingkan bekas timbalan perdana
menteri berumur 92 tahun itu dengan bekas perdana menteri Zimbabwe Robert
Mugabe yang berumur 93 tahun.
Apabila ditanya berkenaan perbandingan itu, Dr Mahathir
setuju mereka mempunyai persamaan.
“Sudah tentu saya seperti dia (Mugabe).


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

“(Tapi) dia tidak letak jawatan. Saya buat silap, saya letak
jawatan,” kata Dr Mahathir, yang pernah menjadi perdana menteri selama 22 tahun
sehingga peletakan jawatannya pada 2003.
Sejak peletakan jawatannya, beliau sering lantang mengkritik
pengganti yang dipilihnya sendiri termasuklah Tun Abdullah Ahmad Badawi dan
kini Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sendiri.
Dr Mahathir juga mengulas kenyataan anak mendiang Karpal
Singh, Sangeet kaur Deo yang berkata bapanya tidak akan setuju Dr Mahathir
sebagai calon perdana menteri HARAPAN sekiranya bekas pengerusi DAP itu masih
hidup.
“Saya fikir semua orang ada pendapat masing-masing.
“Saya tidak harap siapa-siapa menyokong atau percaya kepada
saya,” katanya.
Karpal Singh dilihat sebagai antara pengkritik lantang Dr
Mahathir sehingga hujung hayatnya apabila terlibat dengan kemalangan jalan raya
pada 2014.

Advertisement
Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Bintang TikTok terkenal Iraq, Umm Fahad mati ditembak depan rumah

BAGHDAD - Pihak berkuasa Iraq sedang menyiasat pembunuhan seorang bintang TikTok ternama negara itu yang… Read More

2 days ago

Ditutup sementara, KFC dibuka semula tanpa logo Kolonel Sanders

ALGIERS – Restoran Kentucky Fried Chicken (KFC) yang pertama di Algeria beroperasi semula selepas ditutup… Read More

3 days ago

Wanita tiba-tiba ketawa & menjerit, dipercayai dirasuk ketika majlis perkahwinannya

JAKARTA – Seorang pengantin perempuan berkelakuan aneh secara tiba-tiba dengan menjerit sambil ketawa pada majlis… Read More

4 days ago

Pemilik kereta tertekan hon kerana panik – polis

GEORGE TOWN: Polis mengesahkan menerima laporan daripada seorang pemandu kereta susulan kekecohan ketika upacara pengebumian… Read More

4 days ago

Tragis! Wanita Maut, Terjatuh Ketika Berswafoto Di Gunung Berapi

Gara-gara mahu berswafoto bersama suami di puncak gunung, seorang wanita yang berasal dari China dilaporkan… Read More

5 days ago

Pengurus Syarikat Agensi Pelancongan Didakwa Cuba Bunuh Isteri, Sebabkan Kecederaan Pengawal Peribadi

Lelaki yang melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)… Read More

5 days ago