Categories: Berita Lain

Majoriti Rakyat Terima Dr Mahathir


Kepimpinan Pakatan Harapan (HARAPAN) perlu segera berhenti
daripada mengeluarkan kenyataan menampakkan mereka tidak sekepala ketika
pilihan raya umum (PRU) semakin mendekati.
Bekas naib presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar, berkata segala
pandangan yang bercanggah hanya menghantar isyarat salah kepada pengundi.
“Akhirnya orang akan melihat HARAPAN tidak solid
membuat keputusan,” katanya dalam temu bual bersama Malaysiakini di Petaling
Jaya, Selangor kelmarin.
HARAPAN menamakan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai calon
perdana menteri jika mereka berjaya mengetepikan BN dalam PRU ke-14 yang mesti
diadakan selewat-lewatnya Ogos ini.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pula dipilih
sebagai timbalan perdana menteri. Pelan yang akan dilaksanakan kemudian ialah
mendapatkan pengampunan diraja buat Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum beliau
dilantik pula sebagai perdana menteri.
Anwar kini ditahan di Penjara Sungai Buloh dan bakal dibebaskan
pada 8 Jun. Bagaimanapun undang-undang negara mengehadkan pembabitannya dalam
politik selama lima tahun.
Ada daya tarikan
Sesetengah pihak termasuk dalam PKR sendiri tidak berpuas
hati dengan pemilihan Dr Mahathir.
Kata Mahfuz beliau menghargai hak seseorang menyatakan
pandangan namun apabila keputusan sudah dibuat di peringkat pimpinan, ia mesti
dipatuhi.
Mengulas lanjut, Mahfuz yang baru mengumumkan secara rasmi
‘bercerai’ daripada PAS selepas beberapa dekad bersama berkata, HARAPAN perlu
bertindak dengan bijak agar rakyat dapat diyakinkan dengan kewibawaan mereka.
Beliau juga berpendapat pemilihan Dr Mahathir sebagai calon
perdana menteri untuk HARAPAN adalah tepat dan disambut baik sebahagian besar
rakyat.
“Bagi saya ini keputusan yang sangat hebat dan saya tak
fikir majoriti rakyat menolak keputusan ini walaupun memang ada sesetengah
pihak tidak senang,” katanya.
Tambah Mahfuz, kejayaan Dr Mahathir yang pernah mengetuai
kerajaan selama 22 tahun tidak boleh dinafikan lagi.
“Tidak boleh dinafikan oleh siapa bahawa Dr Mahathir
mempunyai daya tarikan untuk HARAPAN mendapat kuasa.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

“Beliau mempunyai daya tarikan untuk memastikan Umno
dan BN hilang sokongan pengundi,” katanya.
Malah, Mahfuz percaya kerjasama antara Dr Mahathir dan
HARAPAN membawa makna politik akan menjadi stabil.
Menjelaskan pandangan itu Mahfuz berkata suatu ketika dulu
Dr Mahathir bermusuh dengan pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang, Mohamad Sabu
(bekas timbalan presiden AMANAH) dan Anwar.
Kini katanya mereka sudah duduk semeja dan bekerjasama bagi
menumbangkan BN.
“Berakhirnya permusuhan yang wujud sekian lama ini
boleh memberikan keyakinan baru kepada masyarakat sama ada dalam atau luar
negara bahawa negara kita akan berada dalam keadaan stabil. Keyakinan para
pelabur juga akan meningkat,” katanya.

– Malaysiakini

Advertisement
Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Arif ajak Rini untuk bersetubuh sebelum dibunuh & disumbat dalam bagasi

Misteri sebuah bagasi berisi mayat wanita yang ditinggalkan dalam belukar di Jalan Kalimalang di Bekasi,… Read More

19 hours ago

Aniaya Bella: Mahkamah Tinggi Kekalkan Sabitan Dan Hukuman Penjara 12 Tahun Siti Bainun

KUALA LUMPUR, 2 Mei (Bernama) -- Mahkamah Tinggi hari ini mengekalkan sabitan dan hukuman penjara… Read More

2 days ago

Ketua Polis Negara sahkan Papagomo ditahan

KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain mengesahkan Wan Muhammad Azri Wan Deris… Read More

4 days ago

QSR Brands Tutup Sementara Lebih 100 Cawangan KFC

KUALA LUMPUR (Bernama) -- QSR Brands (M) Holdings Bhd, pemegang francais restoran KFC di Malaysia,… Read More

4 days ago

Bintang TikTok terkenal Iraq, Umm Fahad mati ditembak depan rumah

BAGHDAD - Pihak berkuasa Iraq sedang menyiasat pembunuhan seorang bintang TikTok ternama negara itu yang… Read More

6 days ago

Ditutup sementara, KFC dibuka semula tanpa logo Kolonel Sanders

ALGIERS – Restoran Kentucky Fried Chicken (KFC) yang pertama di Algeria beroperasi semula selepas ditutup… Read More

7 days ago