Categories: Berita Lain

Pencipta Nama PROTON Saga Meninggal Dunia


SUNGAI PETANI: Bekas tentera yang mencipta nama PROTON Saga,
kereta nasional pertama negara, meninggal dunia akibat sakit tua.
Staf Sarjan (B) Ismail Jaafar, 71, menghembuskan nafas
terakhir di rumahnya di Taman Nuri kira-kira jam 3.10 petang semalam, selepas
51 hari terlantar di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) di sini.
Menurut laporan Berita Harian, Ismail dikenali sebagai ‘Staf Sarjan PROTON’ ketika
berkhidmat di Markas 2 Div di Pulau Pinang, selepas memenangi pertandingan
mencipta nama kereta kebangsaan itu.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Anaknya, Mohd Sarisffuddin, 48, berkata bapanya itu
dimasukan ke HSAH selepas pulang mengerjakan ibadat haji pada November tahun
lalu, akibat sakit jantung, kencing manis serta asma dan dibenarkan pulang
Khamis lalu selepas 51 hari dirawat.
Bagaimanapun, katanya, pagi semalam keadaan bapanya kembali
teruk sehinggalah tenat dan meninggal dunia kira-kira jam 3.10 petang di sisi
isteri, Sariah Abdul Rahman, 69 dan anak-anak.
“Kami sekeluarga reda dengan kehendak Allah. Arwah ayah
sakit sudah lama, lebih lapan tahun. Malah, semasa mengerjakan ibadah haji
tahun lalu, arwah turut dimasukkan ke hospital di Makkah.
“Saya dan keluarga bersyukur kerana arwah ayah dapat
menunaikan segala kewajipannya di Makkah dan arwah seorang ayah yang
bertanggungjawab, baik dan sukar dicari ganti,” katanya.
Mohd Sarisffuddin berkata, jenazah arwah disemadikan di
Tanah Perkuburan Islam Amanjaya di sini, kira-kira jam 10 malam tadi.
Katanya, arwah pernah menyatakan hasrat supaya mencari
semula kereta Proton SAGA yang diterima sebagai hadiah pada 1985.
“Kereta itu dijual kerana ketika itu arwah memerlukan
wang untuk dua adik yang mahu melanjutkan pengajian ke universiti.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

“Saya dan adik sudah mencari kereta itu dan dipercayai
berada sekitar Pendang,” katanya.
Proton SAGA ialah model pertama syarikat automotif pertama
Malaysia, iaitu PROTON, berasaskan model Mitsubishi Lancer Fiore dan ia
dibangunkan di Shah Alam pada 1985.
Sebelum model Saga dilancarkan, sebuah pertandingan memilih
nama kereta kebangsaan negara diadakan dan Ismail diumumkan sebagai pemenang
pada 1985, iaitu dua tahun sebelum menamatkan perkhidmatan dalam tentera.

Advertisement
Nama PROTON Saga yang dihantar Ismail menewaskan ribuan
penyertaan lain, membolehkannya menerima hadiah kereta PROTON Saga 1.3.

Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Bintang TikTok terkenal Iraq, Umm Fahad mati ditembak depan rumah

BAGHDAD - Pihak berkuasa Iraq sedang menyiasat pembunuhan seorang bintang TikTok ternama negara itu yang… Read More

1 day ago

Ditutup sementara, KFC dibuka semula tanpa logo Kolonel Sanders

ALGIERS – Restoran Kentucky Fried Chicken (KFC) yang pertama di Algeria beroperasi semula selepas ditutup… Read More

3 days ago

Wanita tiba-tiba ketawa & menjerit, dipercayai dirasuk ketika majlis perkahwinannya

JAKARTA – Seorang pengantin perempuan berkelakuan aneh secara tiba-tiba dengan menjerit sambil ketawa pada majlis… Read More

4 days ago

Pemilik kereta tertekan hon kerana panik – polis

GEORGE TOWN: Polis mengesahkan menerima laporan daripada seorang pemandu kereta susulan kekecohan ketika upacara pengebumian… Read More

4 days ago

Tragis! Wanita Maut, Terjatuh Ketika Berswafoto Di Gunung Berapi

Gara-gara mahu berswafoto bersama suami di puncak gunung, seorang wanita yang berasal dari China dilaporkan… Read More

4 days ago

Pengurus Syarikat Agensi Pelancongan Didakwa Cuba Bunuh Isteri, Sebabkan Kecederaan Pengawal Peribadi

Lelaki yang melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)… Read More

5 days ago