Categories: Berita Lain

Mahkamah Tinggi Arah Dr Mahathir Beri Keterangan Sebagai Saksi Jamal



Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengarahkan Tun Dr Mahathir Mohamad untuk memberi keterangan sebagai saksi ketua Umno bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos berhubung saman fitnah yang difailkan oleh pengerusi BERSIH 2.0, Maria Chin Abdullah.

Hakim Datuk Mohd Zaki Abdul Wahab hari ini menolak permohonan Mahathir untuk mengetepikan sepina yang disampaikan kepadanya oleh Jamal.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Hakim Mahkamah Tinggi itu memutuskan di dalam kamarnya bahawa Mahathir adalah saksi yang relevan berikutan komennya mengenai BERSIH 3.
“Beliau juga adalah menteri dalam negeri ketika suami Maria, Yunos Lebai Ali ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri pada 1987,” kata hakim itu.
Ini disahkan peguam Mahathir, Ilyani Khuszairi dan peguam Jamal, Mohd Nasser Yusof dan V Mugunthan.
Mahkamah telah menetapkan 24 Januari untuk Anwar memberi keterangan sebagai saksi Maria dan 7 hingga 9 Mac untuk pembelaan.
Maria telah memfailkan saman fitnah terhadap Jamal atas dakwaannya pada September dan Oktober 2016 bahawa BERSIH diserapi oleh IS.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Sumber: Malaysiakini

Advertisement

Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Bintang TikTok terkenal Iraq, Umm Fahad mati ditembak depan rumah

BAGHDAD - Pihak berkuasa Iraq sedang menyiasat pembunuhan seorang bintang TikTok ternama negara itu yang… Read More

2 days ago

Ditutup sementara, KFC dibuka semula tanpa logo Kolonel Sanders

ALGIERS – Restoran Kentucky Fried Chicken (KFC) yang pertama di Algeria beroperasi semula selepas ditutup… Read More

3 days ago

Wanita tiba-tiba ketawa & menjerit, dipercayai dirasuk ketika majlis perkahwinannya

JAKARTA – Seorang pengantin perempuan berkelakuan aneh secara tiba-tiba dengan menjerit sambil ketawa pada majlis… Read More

4 days ago

Pemilik kereta tertekan hon kerana panik – polis

GEORGE TOWN: Polis mengesahkan menerima laporan daripada seorang pemandu kereta susulan kekecohan ketika upacara pengebumian… Read More

4 days ago

Tragis! Wanita Maut, Terjatuh Ketika Berswafoto Di Gunung Berapi

Gara-gara mahu berswafoto bersama suami di puncak gunung, seorang wanita yang berasal dari China dilaporkan… Read More

4 days ago

Pengurus Syarikat Agensi Pelancongan Didakwa Cuba Bunuh Isteri, Sebabkan Kecederaan Pengawal Peribadi

Lelaki yang melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)… Read More

5 days ago