Categories: Berita Lain

Forgotten Baby Syndrome” Boleh Berlaku Pada Siapa Sahaja, Teguran Doktor Pada Netizen, Jangan Hanya Tahu Kecam

Baru-baru ini, warga Malaysia digemparkan dengan kisah anak meninggal dalam kereta selepas ibunya secara tidak sengaja terlupa tentang anaknya itu. Ibu itu dikatakan tidak sengaja meninggalkan anaknya yang berusia 2 tahun selama 4 jam dalam sebuah tempat letak kereta di sebuah kolej.

Bayangkan bagaimana perasaan ibu ini saat melihat anakanya sudah terbujur kaku? Kita yang membaca pon sudah sebak, apatah lagi ibu ini yang mengalaminya sendiri. Rata-ratanya bersimpati tapi ada juga yang mengecam tindakan ibu ini yang tidak sepatutnya meninggalkan anaknya itu.

Doktor Taufiq Razif tampil berkongsi di laman facebooknya bahawa ”Forgotten Baby Syndrome” boleh terjadi pada sesiapa, bahkan pada ibu bapa yang paling penyayang di atas dunia sekalipun. Tegur beliau, berhentilah mengecam, kerana perkara yang sama boleh berlaku pada semua orang.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();


Untuk penerangan yang lebih jelas, jom kita ikuti perkongsian Doktor Taufiq seperti di bawah ini. Semoga bermanfaat dan boleh dijadikan pengajaran buat semua.

Jangan Kecam Ibu Ini


Siapa tak sebak bila baca ibu ni tertinggal anak sendiri dalam kereta hingga si anak meninggal dunia akibat strok haba kan tapi saya tak berani nak kecam ibu ni sebab benda yang sama pun boleh berlaku pada saya dan kita semua sebenarnya.

Ni la namanya FORGOTTEN BABY SYNDROME!


Kita semua ada 2 jenis sistem memori. Habit Memory dan Prospective Memory. Habit Memory adalah ingatan pada benda yang jadi rutin. Macam yang terjadi pada ibu ni la. Rutin dia pergi naik kereta dan pergi sekolah.
Advertisement


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});


Prospective Memory pula adalah ingatan pada benda yang di luar rutin kita. Contohnya yang terjadi pada ibu ni adalah dia bawa anak dia kat dalam kereta tu.

Habit Memory ni lagi kuat daripada Prospective Memory sebab benda tu dah jadi rutin kan. Kalau kena ganggu sikit je Prospective Memory ni akan jadi kacau dan diambil alih oleh Habit Memory.

Tu yang si ibu tu boleh TERLUPA sebab ada distractions! Mungkin disebabkan kerja yang menimbun dan mungkin juga disebabkan kekalutan. Wallahua’lam.

Saya percaya ibu mana tak sayang anak kan. Lebih-lebih lagi anak sendiri tapi itulah, Forgotten Baby Syndrome ni boleh kena kepada sesiapa sahaja walaupun si ibu ataupun bapa tu adalah parent yang paling penyayang kat atas dunia sekalipun! Malahan ada beratus-ratus kes yang sama juga berlaku di seluruh dunia.

Apa pun, untuk elakkan benda camni kita boleh jadikan beberapa perkara ni jadi HABIT kita :
1) Periksa tempat duduk belakang sebelum keluar kereta

2) Letak kasut pejabat di bahagian belakang supaya setiap kali sampai ke tempat kerja kita akan toleh ke belakang dulu

3) Jadikan rutin untuk periksa tempat duduk belakang sebelum kunci kereta

4) Letak mainan yang berbunyi kalau bawa bayi supaya kita alert ada bayi di belakang sana

p/s : Tolong ajarkan ilmu ni kat pasangan dan mak ayah yang belum tahu ye

Sha Imani

Leave a Comment

Recent Posts

Bintang TikTok terkenal Iraq, Umm Fahad mati ditembak depan rumah

BAGHDAD - Pihak berkuasa Iraq sedang menyiasat pembunuhan seorang bintang TikTok ternama negara itu yang… Read More

11 hours ago

Ditutup sementara, KFC dibuka semula tanpa logo Kolonel Sanders

ALGIERS – Restoran Kentucky Fried Chicken (KFC) yang pertama di Algeria beroperasi semula selepas ditutup… Read More

2 days ago

Wanita tiba-tiba ketawa & menjerit, dipercayai dirasuk ketika majlis perkahwinannya

JAKARTA – Seorang pengantin perempuan berkelakuan aneh secara tiba-tiba dengan menjerit sambil ketawa pada majlis… Read More

3 days ago

Pemilik kereta tertekan hon kerana panik – polis

GEORGE TOWN: Polis mengesahkan menerima laporan daripada seorang pemandu kereta susulan kekecohan ketika upacara pengebumian… Read More

3 days ago

Tragis! Wanita Maut, Terjatuh Ketika Berswafoto Di Gunung Berapi

Gara-gara mahu berswafoto bersama suami di puncak gunung, seorang wanita yang berasal dari China dilaporkan… Read More

3 days ago

Pengurus Syarikat Agensi Pelancongan Didakwa Cuba Bunuh Isteri, Sebabkan Kecederaan Pengawal Peribadi

Lelaki yang melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)… Read More

4 days ago