Categories: Berita Lain

Kecoh Satu Kampung Mayat Wanita 10 Hari Lahirkan Anak!!!



Semua orang sedia maklum bahawa sesuatu kelahiran hanya boleh berlaku kepada mereka yang masih hidup. Namun, lain pula yang terjadi di Afrika Selatan apabila seorang wanita yang sudah mati dilaporkan telah melahirkan anak!

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();



Terbaru, menurut mStar, kecoh satu kampung di Mthayisi, Afrika Selatan apabila seorang wanita dijumpai melahirkan anaknya yang telah dikandung selama sembilan bulan walaupun sudah 10 hari meninggal dunia.






Menurut Daily Mail, pemilik lokasi pengebumian Lindokuhle memberitahu terkejut apabila menjumpai bayi tersebut di celah kelangkang ibunya yang telah meninggal dunia ketika sedang cuba mengalihkan mayat untuk dimasukkan ke dalam keranda.


“Kami sangat terkejut dan ketakutan sehinggakan tidak sempat untuk melihat jantina bayi.”


Bayi yang dijumpai dalam keadaan tidak bernyawa itu telah dilahirkan oleh. Nomveliso Nomasonto Mdoyi, 33, yang meninggal dunia kerana masalah pernafasan. Ibu Nomveliso yang menerima berita tersebut juga terkejut dan menganggap penemuan ini sebagai sesuatu yang dahsyat.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});



“Saya merayu kepada mereka yang berpelajaran, tolong terangkan kepada saya bagaimana orang yang dah mati boleh melahirkan anak.”


Mandzala Mdoyi, 76, ibu kepada Nomveliso yang berada dalam keadaan terkejut menolak cadangan mereka yang mendakwa hal yang terjadi adalah disebabkan perbuatan sihir.
Selain itu, doktor di sana menjelaskan bahawa hal ini boleh terjadi apabila terdapat pembentukan bakteria di dalam mayat menyebabkan terbentuknya gas yang menolak bayi tersebut keluar dari mayat Nomveliso.


Sehingga kini masih tidak jelas adakah bayi tersebut boleh diselamatkan sekiranya doktor yang merawat Nomveliso memberikan rawatan yang berbeza kepadanya sebelum kematiannya.


Difahamkan kedua-dua mayat telah diletakkan di dalam keranda besar yang sama serta sudah dibakar seperti yang dirancang selepas kematian ibu kepada lima orang anak itu.


Tak sangka perkara macam ni boleh jadi!


Sumber : sehinggit

Advertisement

Sha Imani

Leave a Comment

Recent Posts

Bintang TikTok terkenal Iraq, Umm Fahad mati ditembak depan rumah

BAGHDAD - Pihak berkuasa Iraq sedang menyiasat pembunuhan seorang bintang TikTok ternama negara itu yang… Read More

10 hours ago

Ditutup sementara, KFC dibuka semula tanpa logo Kolonel Sanders

ALGIERS – Restoran Kentucky Fried Chicken (KFC) yang pertama di Algeria beroperasi semula selepas ditutup… Read More

2 days ago

Wanita tiba-tiba ketawa & menjerit, dipercayai dirasuk ketika majlis perkahwinannya

JAKARTA – Seorang pengantin perempuan berkelakuan aneh secara tiba-tiba dengan menjerit sambil ketawa pada majlis… Read More

3 days ago

Pemilik kereta tertekan hon kerana panik – polis

GEORGE TOWN: Polis mengesahkan menerima laporan daripada seorang pemandu kereta susulan kekecohan ketika upacara pengebumian… Read More

3 days ago

Tragis! Wanita Maut, Terjatuh Ketika Berswafoto Di Gunung Berapi

Gara-gara mahu berswafoto bersama suami di puncak gunung, seorang wanita yang berasal dari China dilaporkan… Read More

3 days ago

Pengurus Syarikat Agensi Pelancongan Didakwa Cuba Bunuh Isteri, Sebabkan Kecederaan Pengawal Peribadi

Lelaki yang melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)… Read More

4 days ago