Categories: Berita Lain

‘Tabik spring buat Hishammuddin’

HISHAMMUDDIN membantu mengikat tali kasut pelajar Muhammad Ammar Hakim di majlis penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) serta Pingat Perkhidmatan dan Pekerti Terbilang (PPT) 2018 di Kuala Lumpur, semalam. FOTO Ihsan Instagram Datuk Seri Hishammuddin Hussein




KEPRIHATINAN Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein membantu mengikat tali kasut penerima Anugerah Kecemerlangan Pendidikan, semalam mendapat pujian netizen di laman sosial.


Insiden berkenaan berlaku ketika majlis penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) serta Pingat Perkhidmatan dan Pekerti Terbilang (PPT) 2018 di Kuala Lumpur.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();



Detik Hishammuddin mengikat tali kasut pelajar Muhammad Ammar Hakim Mohd Azmi, 13, yang menerima anugerah berikutan mencatat keputusan 7A dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) sempat dirakam sebelum dimuat naik ke Instagram miliknya.


“Tali kasut adik Muhammad Ammar Hakim, anak PW1 Mohd Azmi Laibi, tidak tersimpul rapi ketika ingin terima Anugerah Kecemerlangan Pendidikan tadi, jadi saya tolonglah betulkan ikatannya.


“Agaknya dia begitu berdebar hingga terlupa mengikat tali kasut dengan baik!


“Apa-apa pun, sekalung tahniah diucapkan kepada Muhammad Ammar yang berjaya catat 7A dalam UPSR tahun lalu! #PerkasaPerwira,” katanya dalam catatan Instagram itu.


Sehingga 4.15 petang hari ini, gambar itu mendapat lebih 6,800 likes dan lebih 200 komen di Instagram.


Dalam majlis itu, 20 anak warga Kementerian Pertahanan yang mendapat keputusan cemerlang dalam UPSR, peperiksaan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang lalu turut menerima Anugerah Kecemerlangan Pendidikan.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});



Mereka yang berjaya menerima bantuan pendidikan khas RM80 setiap bulan selama setahun bagi UPSR, RM100 (PT3) dan RM150 (SPM) termasuk sijil.


Selain itu, 31 warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan 30 warga awam ATM menerima APC 2018 berikutan khidmat cemerlang sepanjang perkhidmatan bagi 2017.


Majis berkenaan turut dihadiri Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan Datuk Seri Abdul Rahim Mohd Radzi dan Panglima Tentera Laut Laksamana Tan Sri Ahmad Kamarulzaman Ahmad Badaruddin.

Advertisement

Sha Imani

Leave a Comment

Recent Posts

Bintang TikTok terkenal Iraq, Umm Fahad mati ditembak depan rumah

BAGHDAD - Pihak berkuasa Iraq sedang menyiasat pembunuhan seorang bintang TikTok ternama negara itu yang… Read More

13 hours ago

Ditutup sementara, KFC dibuka semula tanpa logo Kolonel Sanders

ALGIERS – Restoran Kentucky Fried Chicken (KFC) yang pertama di Algeria beroperasi semula selepas ditutup… Read More

2 days ago

Wanita tiba-tiba ketawa & menjerit, dipercayai dirasuk ketika majlis perkahwinannya

JAKARTA – Seorang pengantin perempuan berkelakuan aneh secara tiba-tiba dengan menjerit sambil ketawa pada majlis… Read More

3 days ago

Pemilik kereta tertekan hon kerana panik – polis

GEORGE TOWN: Polis mengesahkan menerima laporan daripada seorang pemandu kereta susulan kekecohan ketika upacara pengebumian… Read More

3 days ago

Tragis! Wanita Maut, Terjatuh Ketika Berswafoto Di Gunung Berapi

Gara-gara mahu berswafoto bersama suami di puncak gunung, seorang wanita yang berasal dari China dilaporkan… Read More

3 days ago

Pengurus Syarikat Agensi Pelancongan Didakwa Cuba Bunuh Isteri, Sebabkan Kecederaan Pengawal Peribadi

Lelaki yang melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)… Read More

4 days ago