Categories: Berita Lain

“Saya Salah Bagi Dos Ubat Bontot Dekat Anak Yang 5 Bulan, Apa Saya Nak Buat Doktor?”, Salah Dos Ancam Nyawa, Doktor Beri Pencerahan



Menurut Portal MyHealth, kesan sampingan ubat-ubatan ialah kesan ubat yang tidak diingini berlaku ketika pengambilan ubat pada dos yang betul. Ia boleh dijangka, boleh membawa faedah atau kemudaratan.


Kesan sampingan ubat yang berlaku adalah bergantung kepada cara ubat bertindak di dalam badan. Antara kesan sampingan yang biasa adalah seperti loya, muntah, pening dan pedih perut.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();



Sebagai contoh, ada Paracetamol dengan dos 500mg atau 650mg bagi setiap tablet dengan kepekatan 120mg atau 250mg setiap botol di pasaran.  Oleh itu, pengguna harus meneliti kandungan Paracetamol terlebih dahulu sebelum menggunakannya bagi mengelak menggunakan dos Paracetamol secara berlebihan.


Perkongsian daripada Dr Aishah Alsagoff ini antara salah satu contoh dimana situasi ‘salah bagi ubat’ berlaku kepada bayi baru berusia 5 bulan.  Dalam hal ini, ibu bapa harus peka dengan kandungan ubat yang diberi supaya tidak menyebabkan keracunan serta boleh mengancam nyawa.


Ikut perkongsian beliau dan semoga dijadikan iktibar buat kita semua.


“Anak saya baru 5 bulan, berat dalam 6.5kg. Suami saya tersalah bagi ubat supp paracetamol ikut buntut tu. Dia bagi yang dose 250mg. Sekarang anak saya asyik menangis, pujuk apa pun tak jalan. Nak buat apa sekarang?”


Panggilan telefon saya terima di klinik jam 6pm tadi. Nasib baik belum tutup klinik.


‘Bawa ke hospital, sekarang!’


Ibu-ibu, ubat buntut paracetamol ada 2 dos. Satu dos 125mg, satu dos 250mg. Perhatikan dalam gambar. Nama ubat dan dos pasti ada tertera di packaging.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});



Untuk berat 6.5kg, bayi itu hanya perlu 100mg paracetamol sahaja, maximum pun 125mg, iaitu bersamaan 20mg/kg.


Advertisement

Sekarang dia terbagi 250mg, maksudnya bayi itu dah dapat 40mg/kg!


Ini overdos, dan bahaya.


Bawa segera ke hospital, doktor akan cek tahap paracetamol dalam darah, pantau fungsi hati dan side effects yang mungkin boleh terjadi.


Paracetamol adalah ubat yang selamat kalau diberi pada dos yang sesuai dengan berat. Yang bahaya jika overdose sahaja.


Lepas ni hati-hati ya! Biasakan baca nama dan dos pada ubat.


Siakapkeli.my

Sha Imani

Leave a Comment

Recent Posts

Bintang TikTok terkenal Iraq, Umm Fahad mati ditembak depan rumah

BAGHDAD - Pihak berkuasa Iraq sedang menyiasat pembunuhan seorang bintang TikTok ternama negara itu yang… Read More

1 day ago

Ditutup sementara, KFC dibuka semula tanpa logo Kolonel Sanders

ALGIERS – Restoran Kentucky Fried Chicken (KFC) yang pertama di Algeria beroperasi semula selepas ditutup… Read More

2 days ago

Wanita tiba-tiba ketawa & menjerit, dipercayai dirasuk ketika majlis perkahwinannya

JAKARTA – Seorang pengantin perempuan berkelakuan aneh secara tiba-tiba dengan menjerit sambil ketawa pada majlis… Read More

3 days ago

Pemilik kereta tertekan hon kerana panik – polis

GEORGE TOWN: Polis mengesahkan menerima laporan daripada seorang pemandu kereta susulan kekecohan ketika upacara pengebumian… Read More

4 days ago

Tragis! Wanita Maut, Terjatuh Ketika Berswafoto Di Gunung Berapi

Gara-gara mahu berswafoto bersama suami di puncak gunung, seorang wanita yang berasal dari China dilaporkan… Read More

4 days ago

Pengurus Syarikat Agensi Pelancongan Didakwa Cuba Bunuh Isteri, Sebabkan Kecederaan Pengawal Peribadi

Lelaki yang melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)… Read More

4 days ago