Categories: Berita Lain

Anwar, Tun M Setuju Rundingan Semula


SHAH ALAM – Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim
mengulangi sokongan padu parti itu kepada kepimpinan Perdana Menteri, Tun Dr
Mahathir Mohamad.
Katanya, beliau juga telah menyampaikan keresahan pimpinan
PKR yang memohon agar kaedah rundingan lebih menyeluruh.

“Saya menghargai kunjungan Pengerusi Pakatan Harapan
(Harapan) merangkap Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir petang semalam.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Pandangan tersebut disambut baik oleh Mahathir namun harus
diputuskan bersama oleh Majlis Presiden Harapan,” katanya dalam satu kenyataan.
Semalam, Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli berkata pengumuman
pelantikan tiga portfolio kanan dalam kerajaan membabitkan jawatan Menteri
Kewangan, Menteri Dalam Negeri dan Menteri Pertahanan belum muktamad.
Katanya, sebarang keputusan mengenai pelantikan itu mestilah
dipersetujui secara bersama oleh keempat-empat parti dalam Harapan.
Mengulas lanjut, Anwar berkata, beliau turut menyampaikan
pandangan beliau kepada pimpinan PKR bagi memastikan kerajaan Harapan dibawah
pimpinan Mahathir mantap dan kukuh serta dapat menyempurnakan tanggungjawab
dengan cemerlang.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

“Saya menggesa rakan-rakan seperjuangan yang telah menerima
mandat rakyat untuk segera menjalankan tugas-tugas menyelamatkan dan membina
semula negara kita,” katanya.

– Sinar Harian

Advertisement
Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Bintang TikTok terkenal Iraq, Umm Fahad mati ditembak depan rumah

BAGHDAD - Pihak berkuasa Iraq sedang menyiasat pembunuhan seorang bintang TikTok ternama negara itu yang… Read More

37 mins ago

Ditutup sementara, KFC dibuka semula tanpa logo Kolonel Sanders

ALGIERS – Restoran Kentucky Fried Chicken (KFC) yang pertama di Algeria beroperasi semula selepas ditutup… Read More

1 day ago

Wanita tiba-tiba ketawa & menjerit, dipercayai dirasuk ketika majlis perkahwinannya

JAKARTA – Seorang pengantin perempuan berkelakuan aneh secara tiba-tiba dengan menjerit sambil ketawa pada majlis… Read More

2 days ago

Pemilik kereta tertekan hon kerana panik – polis

GEORGE TOWN: Polis mengesahkan menerima laporan daripada seorang pemandu kereta susulan kekecohan ketika upacara pengebumian… Read More

3 days ago

Tragis! Wanita Maut, Terjatuh Ketika Berswafoto Di Gunung Berapi

Gara-gara mahu berswafoto bersama suami di puncak gunung, seorang wanita yang berasal dari China dilaporkan… Read More

3 days ago

Pengurus Syarikat Agensi Pelancongan Didakwa Cuba Bunuh Isteri, Sebabkan Kecederaan Pengawal Peribadi

Lelaki yang melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)… Read More

3 days ago