Categories: Berita Lain

Polis Rampas 72 Beg Wang Tunai, Barangan Kemas, 284 Kotak Beg Mewah


Polis merampas 72 beg berisi barangan kemas dan wang tunai
pelbagai mata wang dari kondominium mewah yang dikaitkan dengan bekas perdana
menteri, Datuk Seri Najib Razak di Pavillion Residence, Kuala Lumpur.
Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit
Aman, Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh, turut dirampas sebanyak 284 kotak
mengandungi beg tangan mewah pelbagai jenama.
Dalam sidang medianya lewat malam ini, Amar Singh berkata
rampasan itu mempunyai kaitan dengan siasatan berhubung skandal 1MDB, lapor Malaysiakini.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();


“Ini adalah hasil carian dari satu daripada enam
premis.
“Jumlah barangan yang kita rampas 72 (beg) yang
mengandungi wang tunai pelbagai mata wang dan juga barangan kemas,”
katanya.
Ditanya mengenai beg tangan yang dirampas, Amar berkata ia
termasuk jenama mewah Hermes dan Birkin.
Manakala bagi nilai barang yang dirampas setakat ini, Amar
berkata beliau tidak dapat memberikan anggaran kerana polis belum membuat
pengiraan terperinci.
“Kami telah merampas beg berkenaan, kami tahu ia
mengandungi wang tunai dan barang kemas.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

“Secara tepat berapa banyak wang tunai saya tidak boleh
katakan atau berapa banyak barang kemas. Tetapi jumlah barangan kemas agak
besar,” katanya.
Difahamkan polis berada di lokasi sejak kira-kira 7.30
malam.
Amar mengesahkan tiada sesiapa di kediaman berkenaan ketika
mereka melakukan serbuan.

Diminta menjelaskan mengenai pemilik unit kediaman tersebut,
Amar berkata salah satu daripada unit itu milik seorang “Tan Sri”,
namun enggan mendedahkan butiran lanjut.
Amar juga menambah polis telah menyelesaikan pemeriksaan di
unit-unit mewah di situ.
Mengenai serbuan berterusan di kediaman rasmi Najib di Jalan
Langgak Duta, Amar berkata pihak polis masih tidak dapat memecahkan peti besi
keselamatan yang dikatakan terkunci selama 20 tahun.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement
Terdahulu, Orang ramai dan media dilihat berkumpul di luar
kondominium mewah Pavillion Residences berikutan serbuan di kediaman yang
terletak di Jalan Raja Chulan itu.
Sehingga jam 1.25 pagi, polis dilihat telah membawa
sekurang-kurangnya lima trak ke kondominium mewah berkenaan.

Pegawai dan anggota polis kemudian dilihat memuat naik
kotak-kotak barang yang telah dirampas daripada unit berkenaan.

Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Bintang TikTok terkenal Iraq, Umm Fahad mati ditembak depan rumah

BAGHDAD - Pihak berkuasa Iraq sedang menyiasat pembunuhan seorang bintang TikTok ternama negara itu yang… Read More

11 hours ago

Ditutup sementara, KFC dibuka semula tanpa logo Kolonel Sanders

ALGIERS – Restoran Kentucky Fried Chicken (KFC) yang pertama di Algeria beroperasi semula selepas ditutup… Read More

2 days ago

Wanita tiba-tiba ketawa & menjerit, dipercayai dirasuk ketika majlis perkahwinannya

JAKARTA – Seorang pengantin perempuan berkelakuan aneh secara tiba-tiba dengan menjerit sambil ketawa pada majlis… Read More

3 days ago

Pemilik kereta tertekan hon kerana panik – polis

GEORGE TOWN: Polis mengesahkan menerima laporan daripada seorang pemandu kereta susulan kekecohan ketika upacara pengebumian… Read More

3 days ago

Tragis! Wanita Maut, Terjatuh Ketika Berswafoto Di Gunung Berapi

Gara-gara mahu berswafoto bersama suami di puncak gunung, seorang wanita yang berasal dari China dilaporkan… Read More

3 days ago

Pengurus Syarikat Agensi Pelancongan Didakwa Cuba Bunuh Isteri, Sebabkan Kecederaan Pengawal Peribadi

Lelaki yang melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)… Read More

4 days ago