Categories: Berita Lain

Lokman Adam Yakin Najib Akan Ke Penjara


SHAH ALAM – Pemantau Kerajaan Malaysia Baharu, Datuk Lokman
Noor Adam mendakwa bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan
disumbat ke dalam penjara.
Dakwanya, ini berdasarkan senario semasa yang menunjukkan
tanda-tanda bekas perdana menteri itu bakal menuju ke tirai besi.

“Saya begitu yakin Najib akan ke penjara kerana saya
pernah melalui proses ini bagaimana zaman pemerintahan Tun Dr Mahathir Mohamad
dari 1998 hingga 2003.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Dulu saya pernah lapan kali di lokap pernah di tahan
bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) bukan sekali tapi dua kali,” katanya
dalam program FB Live Sinar Harian, hari ini.

Justeru katanya, berdasarkan sejarah lalu, tidak mustahil
Mahathir menggunakan pendekatan sama untuk memenjarakan Najib.
“Zaman Tun M dulu beliau kawal semua dan senjatanya
adalah ISA, jadi lipatan dahulu mengingatkan kita kepada Mahathir,”
katanya.
Dalam pada itu mengulas mengenai ‘tanda-tanda’ Najib bakal
ke penjara, Lokman berkata ini berdasarkan kepada tiga perkara.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

“Pertama ketika dilantiknnya Ketua Pengarah SPRM yang
baharu, beliau secara jelas dilihat mempunyai dendam kesumat kepada Najib.
“Kedua tentang Jabatan Pendaftar Negara (ROS) dan
ketiga mengenai tindakan pertukaran Peguam Negara,” katanya lagi.
Dalam perkembangan terbaharu berhubung sabitan kes Najib,
bekas Perdana Menteri itu hari ini
memaklumkan sesi memberi keterangan berhubung siasatan terhadap anak
syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB), SRC International Sdn Bhd
selesai.
Najib yang masuk hari kedua hadir ke Ibu Pejabat SPRM
kira-kira tujuh jam memberi keterangan kepada pasukan petugas siasatan SRC.

– Sinar Harian

Advertisement
Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Bintang TikTok terkenal Iraq, Umm Fahad mati ditembak depan rumah

BAGHDAD - Pihak berkuasa Iraq sedang menyiasat pembunuhan seorang bintang TikTok ternama negara itu yang… Read More

24 hours ago

Ditutup sementara, KFC dibuka semula tanpa logo Kolonel Sanders

ALGIERS – Restoran Kentucky Fried Chicken (KFC) yang pertama di Algeria beroperasi semula selepas ditutup… Read More

2 days ago

Wanita tiba-tiba ketawa & menjerit, dipercayai dirasuk ketika majlis perkahwinannya

JAKARTA – Seorang pengantin perempuan berkelakuan aneh secara tiba-tiba dengan menjerit sambil ketawa pada majlis… Read More

3 days ago

Pemilik kereta tertekan hon kerana panik – polis

GEORGE TOWN: Polis mengesahkan menerima laporan daripada seorang pemandu kereta susulan kekecohan ketika upacara pengebumian… Read More

4 days ago

Tragis! Wanita Maut, Terjatuh Ketika Berswafoto Di Gunung Berapi

Gara-gara mahu berswafoto bersama suami di puncak gunung, seorang wanita yang berasal dari China dilaporkan… Read More

4 days ago

Pengurus Syarikat Agensi Pelancongan Didakwa Cuba Bunuh Isteri, Sebabkan Kecederaan Pengawal Peribadi

Lelaki yang melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)… Read More

4 days ago