Categories: Berita Lain

Mat Sabu: Belum Teliti Dokumen Kapal Selam


KEMENTERIAN Pertahanan masih belum meneliti dokumen
berkaitan urusan pembelian kapal selam buatan Perancis, Scorpene, yang dibeli
kerajaan pada 2002.
Menterinya, Mohamad Sabu berkata, ketika ini beliau dalam
proses mendengar taklimat dan penerangan berhubung tugas serta perjalanan
Kementerian Pertahanan.
“Saya belum lagi semak kes itu. Hari ini hari kelima saya
dilantik sebagai Menteri Pertahanan, saya perlu dengar taklimat daripada
pegawai dahulu.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Saya ambil pendekatan untuk suai kenal dahulu. Selepas ini
baru pergi ke perkara yang selama ini diperkatakan dalam media,” katanya pada
sidang media di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Butterworth di
sini, hari ini.

Menurut Harian Metro, Turut hadir dalam majlis tersebut, Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Raja
Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor, dan Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri
Affendi Buang.
Sementara itu, Mohamad mengakui Kementerian Pertahanan amat
memerlukan beberapa peralatan ketenteraan baharu yang lebih canggih.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Sehubungan itu, katanya, beliau akan mengusulkan cadangan
pembelian beberapa peralatan ketenteraan baharu dalam mesyuarat Kabinet akan
datang.
“Kita memerlukan pembaharuan. Saya akan bawa perkara ini ke
Kabinet dan saya harap Perdana Menteri dapat dengar perkara ini,” katanya.

Advertisement
Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Bintang TikTok terkenal Iraq, Umm Fahad mati ditembak depan rumah

BAGHDAD - Pihak berkuasa Iraq sedang menyiasat pembunuhan seorang bintang TikTok ternama negara itu yang… Read More

15 hours ago

Ditutup sementara, KFC dibuka semula tanpa logo Kolonel Sanders

ALGIERS – Restoran Kentucky Fried Chicken (KFC) yang pertama di Algeria beroperasi semula selepas ditutup… Read More

2 days ago

Wanita tiba-tiba ketawa & menjerit, dipercayai dirasuk ketika majlis perkahwinannya

JAKARTA – Seorang pengantin perempuan berkelakuan aneh secara tiba-tiba dengan menjerit sambil ketawa pada majlis… Read More

3 days ago

Pemilik kereta tertekan hon kerana panik – polis

GEORGE TOWN: Polis mengesahkan menerima laporan daripada seorang pemandu kereta susulan kekecohan ketika upacara pengebumian… Read More

3 days ago

Tragis! Wanita Maut, Terjatuh Ketika Berswafoto Di Gunung Berapi

Gara-gara mahu berswafoto bersama suami di puncak gunung, seorang wanita yang berasal dari China dilaporkan… Read More

3 days ago

Pengurus Syarikat Agensi Pelancongan Didakwa Cuba Bunuh Isteri, Sebabkan Kecederaan Pengawal Peribadi

Lelaki yang melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)… Read More

4 days ago