Categories: Berita Lain

Monopoli Ubat: SPRM Jumpa KKM Lepas Raya


Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan bertemu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi meneliti dakwaan sebuah syarikat memiliki monopoli ke atas bekalan ubat-ubatan di negara ini.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki berkata, pertemuan itu akan dilakukan selepas Hari Raya Aidilfitri bagi mendapatkan maklumat berkenaan, lapor Sinar Harian.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();


Jelasnya, isu berkenaan baharu sahaja didedahkan Khamis lalu dan berikutan itu, SPRM belum ada kesempatan untuk melakukan siasatan lanjut.

“Isu ini baru ditimbulkan di sosial media yang dipaparkan 14 Jun iaitu sehari sebelum raya. Jadi, pihak saya belum berkesempatan melihat kepada isu ini secara lebih jelas. Selepas raya kita akan berhubung dengan pihak Kementerian Kesihatan untuk melihat kepada isu ini dan kita kalau melihat kepada isu rasuah, ia dilihat di bawah undang-undang atau di bawah bidang kuasa kami.

“Pihak saya belum ada kesempatan lagi untuk melihat perkara ini dengan lebih jelas dan hanya membacanya di portal sahaja. Kita terbuka kepada mana-mana pihak mainstream atau media sosial. Kita tidak menyiasat portal berkenaan, kerana mereka juga mewakili masyarakat,” katanya kepada Astro Awani hari ini.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});


Beliau mengulas kenyataan Menteri Kesihatan, Dr Dzulkefly Ahmad pada Jumaat lalu yang mengalu-alukan siasatan oleh SPRM mengenai dakwaan sebuah syarikat memiliki monopoli ke atas bekalan ubat-ubatan di negara ini.

Isu berkenaan didedahkan sebuah portal pada Rabu lalu yang mendakwa syarikat yang dikaitkan dengan ahli politik rapat dengan kerajaan dahulu mengawal bekalan ubat bernilai berbilion ringgit.

Mengulas lanjut, Azam berkata, pendedahan dibuat portal berkenaan akan dilihat semula sama ada dakwaan monopoli berkenaan menyalahi peraturan atau sebagainya.

Azam bagaimanapun menggesa semua pihak agar tidak membuat sebarang spekulasi sebelum siasatan dijalankan.

“Jangan buat penilaian dahulu, kita perlu lihat isu ini secara profesional,” katanya.

Advertisement
Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Bintang TikTok terkenal Iraq, Umm Fahad mati ditembak depan rumah

BAGHDAD - Pihak berkuasa Iraq sedang menyiasat pembunuhan seorang bintang TikTok ternama negara itu yang… Read More

9 hours ago

Ditutup sementara, KFC dibuka semula tanpa logo Kolonel Sanders

ALGIERS – Restoran Kentucky Fried Chicken (KFC) yang pertama di Algeria beroperasi semula selepas ditutup… Read More

1 day ago

Wanita tiba-tiba ketawa & menjerit, dipercayai dirasuk ketika majlis perkahwinannya

JAKARTA – Seorang pengantin perempuan berkelakuan aneh secara tiba-tiba dengan menjerit sambil ketawa pada majlis… Read More

2 days ago

Pemilik kereta tertekan hon kerana panik – polis

GEORGE TOWN: Polis mengesahkan menerima laporan daripada seorang pemandu kereta susulan kekecohan ketika upacara pengebumian… Read More

3 days ago

Tragis! Wanita Maut, Terjatuh Ketika Berswafoto Di Gunung Berapi

Gara-gara mahu berswafoto bersama suami di puncak gunung, seorang wanita yang berasal dari China dilaporkan… Read More

3 days ago

Pengurus Syarikat Agensi Pelancongan Didakwa Cuba Bunuh Isteri, Sebabkan Kecederaan Pengawal Peribadi

Lelaki yang melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)… Read More

3 days ago